Putus cinta dengan Raja Afiq, kini Anis Al Idrus cari lelaki ‘stabil otak dan stabil poket’

Selepas cintanya bersama pelakon Raja Afiq tidak kesampaian, Anis Al Idrus menanti calon yang sesuai untuk dijadikan suami.

Anis, nama popular Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, berkata mana-mana lelaki yang berhasrat mencuri hatinya perlulah matang dan stabil dari segala segi.

“Saya masih solo dan sibuk bekerja. Tidak sempat lagi mengenali sesiapa. Kalau ada yang hendak berkenalan, dipersilakan tetapi pastikan calon yang betul.

“Saya mencari lelaki yang waras, matang dan tidak gilakan harta tetapi mencari harta dengan usaha sendiri,” kata pelakon drama Duda Terlajak Laris kepada ProjekMMO.

“Memandangkan umur saya sudah 28 tahun, saya mencari seseorang yang stabil dari segala segi. Stabil dari segi otaknya dan kewangannya.

“Matang dalam segala hal maknanya benda yang negatif boleh bertukar kepada positif. Itu yang saya henak cari.”

 

Pengacara bersama Pencetus Ummah (PU) musim keempat, pada Oktober lalu, ingin menjelaskan mengapa hubungan cintanya bersama Raja Afiq terlerai.

Masa sesuai diperlukan bagi mendedahkan sebab cinta mereka terputus di tengah jalan, tambahnya.

Namun, Raja Afiq, 22, terlebih dahulu mendedahkan tiada lagi hubungan cinta bersama Anis dan menganggap tiada jodoh antara mereka.

Ketika ditemui, Anis juga berkata ciri-ciri lelaki idamannya itu tiada kaitan dengan faktor usia Raja Afiq mahupun kekasih sebelumnya Sharnaaz Ahmad.

“Saya tidak tahu tetapi itulah calon yang saya cari. Saya tidak mahu kaitkan dengan yang lepas.

“Pasal jodoh dan rezeki adalah lebih baik kita tidak menetapkan sasaran kerana ia semua ketentuan Allah. Jadi lebih baik kita mengikut arus.

“Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa. Apa yang penting, usaha,” katanya sambil tertawa kecil.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post