Sayu : Saya tidak sangka TOTO arwah beli untuk HADIAH kakaknya jadi pelapik jenazah nya -Ayah (6Gambar)

HULU TERENGGANU : “Saya tidak sangka alas tidur (Toto) yang arwah beli untuk dihadiahkan kepada kakaknya menjadi pelapik kepada jenazah di tempat kejadian,” kata Mohammad Ismail, 57, bapa kepada Mohd Hanapi, 26, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 380 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Ajil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Viva dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat penapisan petroleum di Kerteh dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori lima tan membawa muatan kayu.

Mohd Hanapi yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori, Abdul Ghani Muda, 60, dari Flat Polis Padang Hiliran, Kuala Terengganu, tidak mengalami sebarang kecederaan.




Mohammad berkata, arwah juga merancang ke Seremban Sabtu ini untuk hadiri kenduri kahwin dan alas tidur itu disimpan dalam keretanya.

“Kami sekeluarga bercadang berkonvoi ke Seremban dan arwah juga mengambil cuti selama lima hari serta merancang bertemunya dengannya di Kerteh dulu sebelum bertolak ke Seremban,” katanya.

Menurutnya, anak bongsu daripada lima beradik itu keluar dari rumah untuk ke Kerteh pada jam 6.15 pagi tetapi tidak sempat bersalam dengannya berbanding kebiasaannya.

Katanya, pada mulanya dia tidak menyangkakan sesuatu perkara buruk bakal menimpa anaknya itu kerana berasa mungkin arwah sudah terlewat ke tempat kerjanya.

“Biasanya kalau dia pulang ke rumah, dia akan keluar kira-kira jam 5.30 pagi untuk pergi ke tempat kerjanya tetapi hari ini (semalam) dia agak kelam-kabut kerana terlewat.

“Ketika berada di kedai kopi lebih kurang jam 8 pagi, saya dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa anak saya dan terus bergegas ke Balai Polis Batu Rakit untuk dapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Menurutnya, walaupun terkejut dengan tragedi menimpa anaknya itu tetapi dia reda dengan ketentuan Allah dan pemergian arwah pastinya cukup dirasainya sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta mangsa yang menghala ke Kerteh hilang kawalan dan melanggar belakang lori. Al fatihah 


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post