Selangor Haram Penggunaan Polisterin Mulai Januari 2017

Bermula 1 Januari 2017 para peniaga di Selangor yang didapati menggunakan bekas polisterin sebagai pembungkus makanan akan disaman sebanyak RM1,000.

BACA: 10 Makanan Malaysia Tolonglah Jangan Letak Cheese

Langkah ini diambil sejajar dengan polisi terbaru kerajaan negeri yang mengharamkan penggunaan bekas polisterin dan mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri ini bermula tahun hadapan.

Ketua Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, dan Sumber Pengguna Negeri Selangor, Elizabeth Wong, memberitahu kadar denda itu adalah jumlah yang biasa bagi apa-apa pelanggaran syarat lesen.

Beliau berkata lagi, beberapa syarat tambahan telah ditambah kepada undang-undang kecil untuk menggabungkan peraturan baru itu.

“Kadar denda yang maksimum adalah RM1,000 dan caj sebanyak RM0.20 akan dikenakan bagi setiap plastik namun ada dalam keadaan tertentu kadar tersebut tidak akan dikenakan,” maklum Wong lagi kepada The Star.

Antara barangan yang dikecualikan caj RM0.20 untuk penggunaan beg plastik adalah daging mentah (ayam, ikan, lembu dan kambing), sayur-sayuran atau tumbuh-tumbuhan yang disaluti tanah (ubi kentang dan halia), bunga, bahan beracun dan juga ikan yang masih hidup.

Pengumuman yang dibuat di pejabat Setiausaha Negeri itu bersempena dengan pelancaran kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”.

Negeri Selangor telah memperkenal kempen tersebut pada Sabtu yang lalu dna akan diteruskan atas saranan dan komen positif daripada orang ramai.

Wong berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menyenaraikan pembekal pembungkusan alternatif tetapi para peniaga juga boleh mendapatkannya daripada pembekal mereka sendiri.

Dalam masa yang sama 12 PBT telah melancarkan aktiviti pembelajaran untuk kempen “Hari Tanpa Plastik Beg” ketika Ramadan tahun ini yang mana para peniaga diarahkan menyediakan pembungkus makanan yang biodegradable.

Selain itu kerajaan negeri turut melancarkan laman web yang mana orang awam boleh berikrar untuk tidak menggunakan beg plastik dan menyasarkan 20,000 pengikrar pada tahun baru ini. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.bebasplastik.my.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post