Tali kereta kabel terputus di Genting Highlands palsu

Polis menafikan terdapat insiden tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands, Pahang, seperti yang tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit adalah palsu.

Tali kereta kabel terputus di Genting Highlands palsu

Tali kereta kabel terputus di Genting Highlands palsu

“Pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu dan siasatan mendapati perkara yang tersebar di media sosial terbabit adalah tidak benar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap pengurusan Genting Highlands ketika dihubungi memaklumkan tiada sebarang insiden tali kereta kabel terputus di lokasi di bawah penyeliaan mereka dan mengesahkan terbabit viral adalah palsu.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihak atasan dan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar kenyataan beserta gambar menerusi laman sosial seperti Whatsap, We Chat dan Facebook mendakwa terdapat kejadian kereta kabel Sky Way terputus tali.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post