Tania Hudson nafi kekasih Fattah Amin, hanya berlakon sebagai tunang sahaja

Nama Tania Hudson secara tiba-tiba dikaitkan dengan keretakan cinta Fattah Amin dan Neelofa hanya kerana dirinya artis kacukan terakhir yang berlakon dalam filem KL Special Force.

Tania Hudson nafi kekasih Fattah Amin, hanya berlakon sebagai tunang sahaja

Tania Hudson nafi kekasih Fattah Amin, hanya berlakon sebagai tunang sahaja

Nafi menjadi orang ketiga, Tania, 31, yang memegang watak tunang Fattah dalam filem terbitan Skop Production tidak pernah menghubungi Fattah selepas tamat penggambaran.

“Saya tiada apa yang hendak dikatakan sebab saya memang tiada apa-apa dengan dia. Kami hanya kenal waktu kerja. Saya berlakon sebagai tunang [Fattah].

“Mungkin orang ingat saya orangnya kerana saya pelakon kacukan yang terakhir berlakon dengan dia [KL Special Force],” kata gadis berdarah Melayu-Inggeris ketika dihubungi ProjekMMO.

Mula mengenali hero drama Suri Hati Mr Pilot itu sejak Mei lalu, adik kepada model terkenal Natasha Hudson menegaskan hubungan mereka hanya atas dasar profesional.

“Saya tidak kenal rapat. Kami profesional. Pengalaman saya berlakon dengan dia sama sahaja macam dengan pelakon lain,” katanya yang baru selesai penggambaran drama Cucu Tauke Beras terbitan TV3.

Neelofa, 27, dilaporkan berkata Fattah, 26, sudah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon berdarah kacukan.

Tidak menamakan sesiapa, artis paling popular itu kecewa kerana tidak dimaklumkan awal tentang hubungan itu..

“Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok,” kata Neelofa seperti dilapor mStar Online.

ProjekMMO sedang berusaha menghubungi Fattah dan Neelofa berhubung penafian Tania.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post