UJI BAKAT RENTAK JUARA



Sertai UJI BAKAT RENTAK JUARA di lokasi berhampiran anda! Kumpulan anda mungkin menjadi Trend terkini! #RJ17


SYARAT-SYARAT UJI BAKAT RENTAK JUARA 2017


1. Warganegara Malaysia sahaja

2. Berumur 16- 30 tahun pada 2017

3. Mengisi dengan lengkap borang penyertaan

4. Menyertakan 1 salinan kad pengenalan bagi setiap ahli kumpulan

5. Menyertakan 1 keping gambar warna kumpulan, bersaiz poskad dan
gambar setiap ahli kumpulan.

6. Amatur - belum pernah merakamkan album / menandatangani kontrak
dengan mana-mana syarikat rakaman

7. Keanggotaan bagi setiap kumpulan – 4 hingga 7 orang (termasuk penyanyi
latar, tetapi tidak wajib, mandatori kepada penyanyi utama)

8. Asas kumpulan: pemain drum, gitar utama, gitar kedua, bass, keyboard.
Tambahan alat-alat muzik seperti tiupan, bertali, percussion dan
sebagainya dibenarkan kecuali sequencer.

9. Setiap individu hanya dibenarkan menganggotai satu kumpulan muzik
sahaja dan tidak boleh membuat pertukaran setelah tamat uji bakat.

10. Wajib membawa sendiri ‘hand instrument’. RTM hanya akan menyediakan
set asas bagi drum, amplifier, keyboard dan ‘percussion’

11. Sebarang jenis lagu dibenarkan. Walau bagaimanapun, ‘minus one’ dan
‘pre-programmed sequencing’ TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

12. Setiap persembahan semasa uji bakat adalah selama 2 minit sahaja.

13. Peserta wajib berpakaian kemas dan tidak menjolok mata semasa uji
bakat dijalankan.

14. Kumpulan yang berjaya akan dihubungi dan diwajibkan mematuhi segala
garis panduan dan syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh RTM

15. RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat-
syarat uji bakat pertandingan.

16. Setiap ahli kumpulan terpilih selepas uji bakat tidak dibenarkan menukar
ahli kumpulan kecuali kemalangan atau kematian yang disahkan Hospital
Kerajaan .

17. Hanya peserta sahaja akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik
oleh RTM dan peserta hanya dibenarkan membawa 3 orang kru.

18. Para peserta tidak dibenarkan membawa juruaudio/ jurutera bunyi semasa
uji bakat dijalankan.

19. Hanya kumpulan yang layak akan dihubungi.

20. Segala perbelanjaan semasa menjalani sesi uji bakat adalah tanggungan
peserta sendiri.

21. Pertandingan akan dikendalikan di lokasi ditentukan RTM mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh RTM.

22. RTM berhak menggugurkan mana-mana peserta yang terpilih ke peringkat
seterusnya jika tidak dapat hadir pada tarikh-tarikh latihan dan rakaman
yang ditetapkan oleh pihak penerbitan sekiranya terpilih.

23. Peserta yang menyertai uji bakat tidak boleh berada di bawah pengaruh
dadah atau alkohol dan sekiranya terdapat laporan yang sahih, peserta
yang menyertai uji bakat berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol
penyertaan boleh dibatalkan.

24. Keputusan panel juri RTM adalah muktamad.

25. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Post a Comment

Previous Post Next Post