Wujud IG AydaRadinFans, Peminat doakan Ayda Jebat dan Radin segera kahwin

Meskipun menafikan menjalin hubungan cinta, namun kemesraan dan keintiman penyanyi Ayda Jebat dan penyampai radio Era, Radin dilihat sebaliknya.

Malah dalam muzik video Pencuri Hati versi dangdut, kelihatan Radin satu-satunya artis yang muncul bersama Ayda dan ia seperti menguatkan lagi gosip yang mengatakan mereka bercinta.

Wujud Akaun IG AydaRadinFans, Peminat Doakan Segera Berkahwin

Wujud Akaun IG AydaRadinFans, Peminat Doakan Segera Berkahwin

Baru-baru ini telah wujud beberapa akaun Instagram khas untuk pasangan ini yang menampilkan foto-foto mesra mereka berdua.

Antara nama akaun Instagram yang wujud itu adalah AydaRadinFans, aydaradin dan jomfollowramairamai.

Semua akaun Instagram itu seperti telah diwujudkan oleh peminat-peminat mereka yang suka melihat kemesraan mereka.

Menerusi kapsyen dan komen-komen yang ditinggalkan, rata-rata peminatnya mahu mereka bercinta dan segera berkahwin.

Berikut merupakan foto-foto dan kapsyen berkenaan:

 

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post