8:02:00 PM
1

Aktress Rozita Che Wan atau Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal lebih sepuluh tahun lalu.

"Ammar setiap malam menangis tak mahu tinggal dalam rumah kecil, nak tinggal dalam banglo, saya rasa tercabar" - Che Ta

“Ammar setiap malam menangis tak mahu tinggal dalam rumah kecil, nak tinggal dalam banglo, saya rasa tercabar” – Che Ta

Che Ta berkata dia tercabar dan  bangkit menyara hidup anak-anaknya selepas ditinggalkan bekas suami di rumah yang kecil.

“Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah.

“Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah dan dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.

“Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tingga di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar.

“Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup,” katanya menerusi temu bual di dalam program realiti,  The House epsiod 1.

Selain kisah Che Ta, The House  turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya. 

The House telah mula ditayangkan  secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my  pada setiap hari Rabu sejak 18 Januari lalu.

Episod 1 telah mula jadi trending di laman sosial YouTube dengan 871 731 tontonan sejak lima hari yang lalu.

Namun ia bakal menemui penonton dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30malam bermula 25 Januari 2017. 

Sumber: Astro Gempak



Sumber “Ammar setiap malam menangis tak mahu tinggal dalam rumah kecil, nak tinggal dalam banglo, saya rasa tercabar” – Che Ta

1 comments:

Post a Comment

loading...