Bapa serah rotan pada pengetua dan amanahkan supaya merotan anaknya

Sebagai simbolik memberi amanah kepada pihak sekolah agar mendidik anaknya menjadi yang terbaik, seorang bapa menyerahkan sebatang rotan kepada pengetua Sekolah Menengah (SM) Teknik Bukit Piatu, di sini, semalam.

Bapa serah rotan pada pengetua dan amanahkan supaya merotan anaknya

Bapa serah rotan pada pengetua dan amanahkan supaya merotan anaknya

Zulkafly Ahmad, 43, dari Kampung Pasir Puteh, Bachang, di sini berbuat demikian bagi memberi kebebasan kepada pihak sekolah untuk mengenakan hukuman sewajarnya sekiranya anaknya itu melanggar peraturan sekolah atau tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

“Saya dan isteri sudah amanahkan kepada pengetua supaya merotan anak saya sekiranya dia melanggar peraturan dan tidak menumpukan perhatian dalam kelas.

“Saya rela anak saya dirotan sekiranya dia berbuat salah supaya dia dapat terus kekalkan kecemerlangan.

“Itu juga sebagai tanda peringatan kepada anak saya supaya terus kekalkan disiplin yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan,” kata bapa kepada Al Khawarizmi Zulkafly Ahmad, 16.

Al Khawarizmi  merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu dan mendaftar masuk tingkatan empat di SM Teknik Bukit Piatu dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Dia bersama 168 lagi pelajar dari seluruh negara yang ditawarkan meneruskan pelajaran mereka di SM Teknik Bukit Piatu mula mendaftar masuk pada sesi pengambilan pertama dan memulakan minggu orientasi yang tamat, kelmarin.

Sementara itu, pengetua sekolah terbabit, Karim Tumin berkata, beliau terharu dengan amanah diberikan bapa berkenaan.

Menurutnya, Zulkafly jelas memandang tinggi tugas seorang guru meskipun kebelakangan ini ramai ibu bapa bersikap prejudis terhadap tenaga pengajar di sekolah.

“Masih ramai melihat guru sebagai insan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelajar menjadi seorang murid cemerlang  dan membantu mengurangkan masalah disiplin bagi membentuk sahsiah diri yang baik.

“Bagaimanapun, tidak ada guru dengan sengaja mahu menghukum anak-anak murid tanpa sebab. Semua tindakan pasti ada alasan. Lagipun, murid-murid hari ini tidak sama dengan murid-murid zaman dahulu,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Bapa serah rotan pada pengetua dan amanahkan supaya merotan anaknya

Post a Comment

Previous Post Next Post