Bekas pengarah urusan TEKUN pula ditahan kes rasuah RM36,000

Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 5.15 petang hari ini, di rumahnya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, kerana kes suapan bernilai RM36,000.

Sumber SPRM berkata, suspek berusia 62 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah semalam, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok

Bekas pengarah urusan TEKUN pula ditahan kes rasuah RM36,000

Bekas pengarah urusan TEKUN pula ditahan kes rasuah RM36,000

Menurutnya, suspek dipercayai menerima wang suapan itu sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,009.08 pada 15 Januari 2015.

“Wang suapan bernilai RM36,000 itu adalah 10 peratus daripada hasil kutipan ‘Hutang Lapuk TEKUN Nasional’ bagi November 2014.

“Pada 15 Januari 2015, suspek ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor ketika menerima wang itu daripada pemilik syarikat pemungut hutang berkenaan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang mengesahkan tangkapan ketika dihubungi, memaklumkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk dituduh.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Mohd Arif Ab Rahman kerana salah guna kuasa dan rasuah.

Mohd Arif juga pernah menjadi Ahli Lembaga TEKUN Nasional dan berikutan itu, SPRM kini menjalankan siasatan sama ada kedua-dua individu itu mempunyai kaitan dalam isu rasuah membabitkan kementerian itu.

Sumber: Metro



Sumber Bekas pengarah urusan TEKUN pula ditahan kes rasuah RM36,000

Post a Comment

Previous Post Next Post