Demi Isteri, Mourinho Ulang-Alik Ke Portugal Dua Kali Sehari

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho dilapor terpaksa berulang-alik ke negara kelahirannya, Portugal sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam baru-baru ini untuk melawat isterinya.

Pengendali berusia 53 tahun itu yang menyertai Red Devils pada musim panas lalu, menaiki pesawat peribadi untuk melihat keadaan isterinya, Matilde atau dikenali sebagai Tami yang menjalani pembedahan pada Rabu.

Dua hari sebelum itu, Mourinho memastikan anak buahnya menewaskan Sunderland di Old Trafford hasil jaringan Daley Blind, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.

Kemudian selepas terbang ke Lisbon pada Rabu, Mourinho kemudiannya pulang ke Manchester petang hari yang sama.

Namun keesokkan paginya, dia sekali lagi ke Lisbon untuk melawat isterinya sebelum pulang semula ke Hotel Lowry di Manchester.

Sebaik tiba di Lisbon, Mourinho terus menuju ke Hospital De Sao Jose, sebuah pusat perubatan swasta.

Tami perlu menjalani pembedahan tersebut selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan sebelum ini.

Sumber yang rapat dengan keluarga itu memberitahu, Tami sering mengadu tentang sikap komited suaminya terhadap bola sepak.

“Walaupun Tami berasa Krimas kali ini kurang meriah, tetapi dia memahami sikap profesional suaminya yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga dan bola sepak,” kata sumber tersebut.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post