Dua beradik nyaris diculik empat lelaki di rumah sendiri

PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU – Dua beradik nyaris menjadi mangsa culik oleh empat lelaki yang tidak dikenali, Jumaat lalu. 
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Jumaat, di Jalan Kelisa 3, Taman Scientex, dua beradik masing-masing berusia 6 dan 10 tahun dihantar pulang ke rumah untuk mandi, sementara ibunya, Izan Abd Aziz, 41, berniaga goreng pisang di gerai milikinya di Jalan Kenari Utama, Taman Scientex. 
“Semalam, sehari suntuk mereka berdua di kedai goreng pisang. Semalam kan hujan, habis mereka dah basah kuyup. Petang itu dalam jam 6 petang, suruh kakak dia hantar mereka pulang untuk mandi sekejap. 
Dua beradik nyaris diculik empat lelaki di rumah sendiri

Dua beradik nyaris diculik empat lelaki di rumah sendiri

“Selepas mereka sudah siap mandi, si abang, Farihin, 10, duduk di depan pintu dan si adik duduk di atas kerusi di dalam rumah. Tiba-tiba datang individu yang tidak dikenali membuka pagar rumah. 
“Si abang nampak, terus nak tutup pintu tetapi tak sempat. Pintu ditolak dan dia terkena dinding. Kemudian dua anak saya ini ditarik masuk ke dalam kereta Perodua Myvi berwarna putih. Tangan mereka diikat dan mulut mereka dilekat dengan pita pelekat,” ceritanya dalam group WhatsApp yang kini tersebar di media sosial.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kedua beradik berkenaan berjaya melarikan diri ketika empat suspek berkenaan keluar dari kereta untuk makan di sebuah kedai di Jalan Kenari Utama.
“Kebetulan pula ikatan Farihan boleh terbuka di sebelah kanan. Dalam diam, dia terus buka ikatan tangan adik dia dan pita pelekat di mulut. Kemudian mereka buka lock kereta itu perlahan-lahan dan turun mengikut longkang besar dan terus berlari ke kedai. 

“Saya terperanjat melihat kehadiran mereka berdua. Bila mereka berdua cerita semula kejadian itu, saya terus terduduk. Nasib baiklah saya masih ada di kedai lagi. Kalau saya dah balik pada waktu itu, entah macam manalah nasib mereka,” katanya.

Perbualan WhatsApp antara ibu mangsa dengan warga penduduk setempat | Foto Aypool Saypool
Menurut Izan, anak lelakinya itu juga sempat membuka dua buah beg yang terdapat di belakang bonet dan mendapati salah satu beg mengandungi darah dan sebuah lagi beg terdapat nombor pendaftaran kereta dan ubat bulat. 
“Dia menjadi takut dan tak berani nak menggeledah isi kandungan beg tersebut dan terus keluar dari kereta itu,” katanya.
Ekoran kejadian itu, Izan terus membuat laporan polis di Balai Polis Scientex pada hari kejadian.
Sumber: The Reporter


Sumber Dua beradik nyaris diculik empat lelaki di rumah sendiri

Post a Comment

Previous Post Next Post