Fiza Elite dihentam netizen kerana bertindik di hidung

Beberapa hari lepas, duta produk Deeja Cosmetic iaitu Sherry Ibrahim ada “repost” foto Fiza Elite untuk mengucapkan terima kasih kepada Fiza yang menggunakan produk berkenaan. Namun,  bukan perkara itu yang menjadi bualan ramai. Beberapa netizen tertumpu kepada penampilan Fiza yang nampaknya mempunyai tindikan di bahagian hidungnya.

Mereka yang mengkritik Fiza rata-rata menyifatkan tindikan itu tidak sesuai dengan imej Fiza sebagai seorang wanita yang bertudung.

Berikut antara komen di Instagram :-

Walaubagaimanapun, tidak pasti jika ia adalah tindikan yang sebenar ataupun sekadar pelekat di hidung.  Sehingga kini, Fiza juga tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Ermm, kami rasa Fiza Elite sudah cukup dewasa untuk tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang wanita bertudung. Mungkin juga ia adalah sekadar pelekat di hidung.

Sumber: Beautifulnara



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post