“Kita minta masyarakat Rohingya sedar mereka bukannya datang Malaysia untuk memohon belas kasihan”

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) menyeru masyarakat Rohingya di negara ini supaya memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap kerajaan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Nadma (dua,kanan) dan Pengerusi Ikiam Datuk Zahidi Zainul Abidin (kanan) menerima replika cek daripada wakil MAIWP sebanyak RM 10,000. — Foto Bernama

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ini membolehkan masyarakat etnik itu pulang ke negara asal dan berdikari selain memperoleh pengiktirafan sebagai warganegara Myanmar yang sah.

“Kita minta masyarakat Rohingya ini sedar mereka bukannya datang ke Malaysia untuk memohon belas kasihan.

“Jadi, kita minta rakyat Malaysia bantu masyarakat Rohingya ini supaya mereka dapat pulang ke negara mereka dan diiktiraf serta diberi autonomi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Doa Untuk Rohingya’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Program sehari anjuran Ikiam serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain itu diadakan bertujuan menggalakkan orang ramai lebih prihatin terhadap isu yang melanda masyarakat Rohingya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Muhammad Yusoff Wazir, yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Kita minta masyarakat Rohingya sedar mereka bukannya datang Malaysia untuk memohon belas kasihan”

Post a Comment

Previous Post Next Post