Mengikut kajian, Wanita Cantik tidur sebelum jam 11 malam

Setiap wanita impikan tubuh badan yang langsing dan kulit cantik seperti selebriti Korea.

Sebenarnya ada cara paling mudah untuk tampil cantik tanpa keluarkan duit pun. Caranya anda hanya perlu tidur sebelum jam 11 malam.

Ini kerana jika anda tidur lebih jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Tidur lewat mengganggu proses pelangsingan & mudah gemuk

Tabiat buruk itu beri kesan buruk pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Patulah tak kurus-kurus.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.

Kulit jadi kusam, berjerawat & bermasalah jika suka tidur lewat

Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga sehingga lewat pagi akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering.

Kajian juga mendapati, sekiranya anda amalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama 1 tahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.

 

Sumber: Hanasuva



Sumber Mengikut kajian, Wanita Cantik tidur sebelum jam 11 malam

Post a Comment

Previous Post Next Post