Parlimen Turki kecoh pergaduhan tercetus dalam sesi debat

Kekecohan berlaku selepas satu insiden pergaduhan tercetus di Parlimen Turki ketika sesi debat pakej pembaharuan Perlembagaan untuk memperluaskan kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ahli Parlimen daripada Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) dan pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP) saling menumbuk dan menolak satu sama lain ketika berkumpul di sekitar podium dewan itu.

Parlimen Turki kecoh pergaduhan tercetus dalam sesi debat

Parlimen Turki kecoh pergaduhan tercetus dalam sesi debat

AKP yang disokong parti Pergerakan Nasionalis (MHP) menggesa pelaksanaan pakej pembaharuan itu yang didakwa akan mengukuhkan kepimpinan kerajaan gabungan.

Namun, CHP dan parti pro-Kurdish, Parti Demokratik Rakyat (HDP) bimbang ia akan menyemarakkan lagi autoritarian.

Insiden perbalahan itu berlaku selepas timbalan CHP bertindak halang anggota AKP membuang undi tanpa memasuki kabin dan beliau cuba merampas telefon bimbit timbalan terbabit untuk merekodkan kejadian itu.

Walaupun situasi tegang, Artikel ketiga, keempat dan kelima daripada 18 artikel rang undang-undang tersebut, diluluskan dalam satu sesi yang diteruskan sehingga awal pagi semalam.

Difahamkan, rang undang-undang itu memerlukan sokongan kira-kira 330 timbalan untuk mengadakan referendum yang dijangka pada musim bunga.

Pakej pembaharuan itu membolehkan Erdogan melantik dan memecat menteri serta mengambil alih semula kepimpinan parti pemerintah dan memerintah sehingga 2029 lapor Reuters.

Sumber:  Sinar



Sumber Parlimen Turki kecoh pergaduhan tercetus dalam sesi debat

Post a Comment

Previous Post Next Post