Pelanggan terkejut terima bil U-Mobile RM42,522.80, ini puncanya, jangan ulangi kesilapan lelaki ini!

BATU CAVES, KUALA LUMPUR – Seorang pengguna rangkaian telkomunikasi terkejut apabila menerima bil berjumlah RM42,522.80 kerana menggunakan data internet di Dubai selama 2-3 hari.
Pelanggan terkejut terima bil U-Mobile RM42,522.80, ini puncanya, jangan ulangi kesilapan lelaki ini!

Pelanggan terkejut terima bil U-Mobile RM42,522.80, ini puncanya, jangan ulangi kesilapan lelaki ini!

Status yang dimuat naik pada 13 Januari lalu oleh Muhammad Hazwan Hafifi Baharoddin itu kini viral di media sosial.
“Saya hairan, waktu di Dubai, saya tidak pernah menerima sebarang notification dari U-Mobile untuk maklumkan caj data atau apa-apa warning. Terus berjalan dan berjalan caj yang dikenakan.
“Kredit limit saya pun hanya RM300. Manalah saya sangka 2-3 hari caj yang dikenakan sebanyak ini. Boleh beli sebiji kereta cash!
“Bila saya hubungi pihak telco, mereka kata tiada kesilapan pada caj yang dikenakan. Saya perlu bayar dan kalau tidak, mereka akan ambil tindakan,” katanya.
Meskipun masih terkejut dengan caj yang tidak masuk akal itu, Afif berkata dia terpaksa juga mencari jalan penyelesaian bagi membayar bil RM42,522.80. Dalam masa yang sama, Muhammad Hazwan Hafifi mengakui perkara itu berlaku di atas kesilapannya dan menasihati orang ramai agar menutup data internet semasa berada di luar negara.
Sumber: The Reporter


Sumber Pelanggan terkejut terima bil U-Mobile RM42,522.80, ini puncanya, jangan ulangi kesilapan lelaki ini!

Post a Comment

Previous Post Next Post