Remaja tipu diculik kerana terlalu rindukan bapanya

Seorang remaja lelaki yang terlalu merindui bapa dan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama bertindak mereka-reka cerita kononnya dia diculik, lapor Mirror.uk

Xiao Zheng yang berusia 13 tahun dijaga oleh bapanya, namun dia terpaksa ditinggalkan bersama datuk serta neneknya memandangkan bapa tunggal itu bekerja di bandar bagi menampung perbelanjaan mereka.

Kedua beranak itu hanya akan bertemu beberapa hari setiap tahun di rumah mereka yang terletak di kampung Shilin di China.

Namun ketika, Xiao mendapati bapanya akan pulang semula ke bandar untuk bekerja, dia membuat rancangan untuk memastikan bapanya itu terus bersamanya.

Remaja tipu diculik kerana terlalu rindukan bapanya

Remaja tipu diculik kerana terlalu rindukan bapanya

Remaja itu bersembunyi di belakang rumah lama di kampungnya, mengikat tangan serta kakinya dan kemudian menghantar mesej di telefon bimbit bapanya menyatakan dia telah diculik.‎

“Ayah, tolong. Saya telah diculik dan mereka tidak mahu melepaskannya saya,” katanya.

Xiao kemudian memberitahu bapanya, dia diculik oleh seseorang di kampungnya.

Panik dengan kejadian itu, bapanya terus menelefon pihak polis bagi membantu mencari remaja itu.

Pihak polis kemudian melancarkan usaha mencari dan remaja itu berjaya ditemui semula namun curiga dengan dakwaan remaja itu kerana ketika ditemui, mangsa duduk bersendirian dan bermain dengan telefon bimbitnya.

Dia kemudian dibawa ke balai polis dan selepas disoal siasat, dia mengaku berpura-pura diculik dan mengikat dirinya dengan menggunakan gigi.

Menurutnya, dia bertindak demikian kerana terlalu rindukan bapanya dan mencari jalan supaya lelaki itu tinggal bersamanya.

Bapa kanak-kanak itu dipertemukan semula di balai polis dan berjanji akan mencari cara terbaik bagi menghabiskan lebih banyak masa bersama anaknya itu termasuk bekerja berhampiran rumah mereka.

Sumber: Sinar



Sumber Remaja tipu diculik kerana terlalu rindukan bapanya

Post a Comment

Previous Post Next Post