“Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah,” Jawab Tun Mahathir pada Sultan Johor

AKHBAR The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr. Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail kerana cuba ‘menakutkan’ rakyat berkenaan pelaburan China di negeri itu.

Berikut merupakan surat terbuka bekas Perdana Menteri keempat itu, yang telah dialih bahasa:

“Saya tidak tahu sama ada titah baginda Sultan Johor mencabar saya di atas pembangunan Johor Bahru benar atau pun tidak.

"Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah,” Jawab Tun Mahathir pada Sultan Johor

“Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah,” Jawab Tun Mahathir pada Sultan Johor

“Mungkin hanya The Star yang mentafsirkan apa yang dititahkan oleh baginda sebagai satu bentuk cabaran terhadap saya.

“Kecualilah jika baginda menafikan dakwaan cabaran itu, saya akan ambil laporan The Star itu sebagai laporan yang sahih.

“Saya akui saya di pihak yang kerugian di sini. Sementara masyarakat boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tentang saya, dan saya alu-alukan kebebasan mereka untuk berbuat demikian; saya berharap dengan jawapan terhadap cabaran baginda Sultan itu saya tidak akan ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara.

“Sekiranya saya akan dibicarakan, saya alu-alukan untuk ditangkap.

“Sekarang, apa yang saya katakan? Sama seperti apa yang dilaporkan di dalam Bloomberg di media massa. Namun saya faham mengapa Bloomberg tidak dicabar atau diberi penafian.

“Apa yang Bloomberg laporkan di dalam laporan 22 November tahun lalu?

“Katanya, sebuah syarikat China akan membina Forest City di JB yang akan menampung 700,000 orang penduduk.

“Terang artikel itu lagi, berbondong-bondong rakyat China diterbangkan ke sini untuk melihat model bersaiz manusia (beserta gambar) dan mereka sudah dan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.

“Saya tidak rasa ramai Melayu dan Cina Johor yang membeli atau akan membeli unit-unit apartmen ini. Tidak begitu ramai rakyat Malaysia yang akan membeli hartanah-hartanah ini.

“Dalam laporan yang sama, Bloomberg turut menyatakan bahawa terdapat 60 projek pembangunan yang seakan-akan Forest City, dan kesemuanya turut dijual kepada kaum Cina daripada Tanah Besar.

“Imbas kembali ke tahun 1819, apabila Sultan Ali daripada Johor tidak memajakkan Singapura kepada pihak British, Temenggong yang menandatangani pajakan tersebut. Lihat Singapura hari ini. Sebahagian Johor kini menjadi negara asing — maju membangun, tidak dapat disangkal, tetapi sebuah negara asing.

“Akan ada lebih daripada sejuta orang penduduk asing yang tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan yang lain itu. Tempat-tempat ini tak akan menjadi negara asing tetapi akan menyebabkan jumlah peratusan penduduk  asing akan meningkat secara melampau. Jika mereka menetap di sini dalam suatu tempoh masa tertentu, mereka mungkin layak untuk menjadi rakyat Malaysia.

“Ya, saya menganjurkan pelaburan langsung asing. Tetapi ianya bukanlah untuk menjual tanah di Malaysia, memajukannya dan kemudian menjualnya kepada orang luar yang akan menetap di sini.

“FDI adalah pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat-syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia akan bekerja di dalam sektor-sektor industri tersebut. Mereka akan mempelajari skil baru dan memulakan perniagaan pembuatan mereka sendiri.

“Kontraktor Malaysia mempunyai kemampuan tinggi untuk membina pelbagai jenis bangunan dan membangunkan tanah. Kita tidak perlukan orang luar untuk melakukan semua ini. Lihatlah Malaysia hari ini. 90 peratus atau lebih daripada bangunan dan pemajuan kini dilakukan oleh syarikat-syarikat tempatan. Majoriti pembelinya adalah rakyat tempatan dan merekalah juga yang menetap di situ.

“Tetapi apabila warga asing membeli hartanah, ia tidak mendatangkan modal. Sebahagian besar wang dipinjam dalam negeri, dan mereka pula berurusan dengan bank mereka sendiri.

“Apa-apa sahaja hasil yang diterima akan disalurkan kepada ke luar dan akan mengakibatkan pengaliran keluar modal. Apabila skim itu diperkenalkan di mana anda boleh membeli hartanah di China dan mendapat satu pangsapuri atau rumah percuma di Malaysia, tiada keuntungan yang akan dibuat di Malaysia, maka tiada cukai yang dibayar kepada kerajaan Malaysia.

“Biar semua urusan perniagaan berlangsung dalam keadaan jelas. Siarkan semua dokumen berkaitan pelaburan, bilangan pekerja, negara asal mereka, pembeli, bank yang melakukan pembiayaan dan semua dana ekspatriasi. Lakukan semua ini secara jujur, tanpa berselindung.

“Jadi biar sahaja Transparency International (badan pencegahan rasuah antarabangsa) untuk menyelidik dokumen rasmi yang telah bocor itu, biar orang ramai lihat dokumen-dokumen tersebut untuk membuktikan keasliannya.

“Pandang ke Timur bukan menyuruh negara timur beli tanah di Malaysia, atau memajukannya dan menjualnya kepada rakyat mereka. Ya, kami menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia rumah kedua mereka. Tetapi bilangan mereka amat sedikit. Pandang ke Timur bukan tentang imigrasi besar-besaran ratusan ribu orang luar ke negara ini. Ianya tentang apa yang rakyat Malaysia boleh belajar daripada bagaimana negara-negara Timur ini membangunkan negara mereka.

“Ianya amat mudah untuk menuduh saya sebagai seorang rasis. Saya telah digelar ‘Melayu Ultra’ sebelum ini.

“Gelaran yang dimomokkan ini sebenarnya membuka hujah-hujah yang boleh dipercayai terhadap apa yang saya lakukan atau nyatakan. Ia hanya menunjukkan tuduhan yang tidak berasas terhadap saya.

“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa. Rakyat daripada berbeza etnik, bahasa, agama, budaya dan juga taraf ekonomi telah tinggal di negara yang aman ini.

“Di banyak negara lain, perbezaan yang sedikit dalam pentafsiran agama telah mengakibatkan konflik keganasan dan peperangan. Namun, dalam konteks ini, Malaysia stabil dan aman-damai.

“Negara kita stabil dan aman kerana kita menerima masing-masing seadanya. Sepanjang 22 tahun saya sebagai PM, tiada pergaduhan berkaitan perkauman yang berlaku. Persengketaan,ada tetapi tiada keganasan. Dan negara ini terus maju.

“Jika benar saya seorang rasis, tempoh perkhidmatan saya sudah pasti telah menyaksikan kepincangan dan kacau-bilau di dalam negara ini.

“Anda boleh bidas kata-kata saya. Itu hak demokratik anda.

“Saya cabar The Star untuk siarkan sepenuhnya apa yang saya katakan. Ia adalah tindakan pihak kerajaan yang takutkan kebenaran yang menyebabkan media perdana negara ini dikawal ketat.

“Saya terima jika artikel ini diabaikan kerana kita hidup di dalam negara kleptokratik di mana kebenaran merupakan sesuatu yang tidak dipedulikan, hanya dibisikkan tetapi tidak diperkatakan dengan lantang.

“Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah,” tulis beliau. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber “Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah,” Jawab Tun Mahathir pada Sultan Johor

Post a Comment

Previous Post Next Post