Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, Hari Tanpa Beg Plastik dilaksanakan setiap hari

Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor pada setiap Sabtu akan dilanjutkan setiap hari mulai tahun depan, kata Elizabeth Wong.

Selangor haramkan beg plastik mulai 2017

Selangor haramkan beg plastik mulai 2017

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan kempen bebas bekas polistirena mulai tahun depan.

Baca artikel sebelum: Aktivis gesa Kerajaan Selangor kenakan caj RM1 untuk beg plastik

“Mulai 1 Januari 2017, peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak diberikan secara percuma.

“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.

“Peniaga akan dibekalkan bahan visual untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Kempen #BebasPlastik,” katanya pada pelancaran kempen #BebasPlastik di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, hari ini.

Wong berkata, kerajaan negeri

menerusi kaji selidik mendapati 71% penduduk Selangor merasakan kempen “Bebas Beg Plastik” yang mula dilaksanakan setiap Sabtu sahaja tidak memadai.

“Kita perlu membuat perubahan dan kita komited kepada perubahan ini dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar seperti pemanasan global.

“Kesemua majlis rasmi dan bangunan kerajaan Selangor sudah menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina. Perubahan hanya akan berlaku apabila setiap peringkat masyarakat terlibat dalam usaha ini,” katanya.

Adun PKR Bukit Lanjan itu berkata, kerajaan negeri turut melancarkan laman web pendidikan yang membolehkan orang ramai berikrar menyokong kempen bebas plastik dan menggalakkan peniaga serta pembekal mendaftar.

Selangor, katanya, menyasarkan 20,000 ikrar dikumpulkan menjelang tahun baru nanti.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

 

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post