Video polis Myanmar pukul dan terajang warga Rohingya jadi viral

Video polis Myanmar pukul dan terajang warga Rohingya jadi viral | Pihak berkuasa Myanmar telah memulakan siasatan terhadap insiden anggota polis sempadannya yang memukul dan menerajang warga Rohingya seperti mana yang terakam menerusi satu video viral.

Video tersebut memaparkan keadaan sekeliling, termasuk insiden bagaimana seorang warga Rohingya dipukul.

Video polis Myanmar pukul dan terajang warga Rohingya jadi viral

Video polis Myanmar pukul dan terajang warga Rohingya jadi viral

Video berbentuk selfie itu dirakam oleh seorang anggota polis sempadan pada 5 November ketika operasi di Kotankauk, utara Rakhine, kata pejabat kaunselor negeri dalam satu kenyataan akhbar.

Tiga pegawai yang terlibat sudah dikenalpasti dan kini dalam siasatan, tambah kenyataan tersebut.

“Sekarang, menurut laporan awal, tiga anggota polis telah ditahan”, kata Zaw Htay, ketua jurucakap kerajaan kepada agensi berita DPA pada Isnin.

“Kami mempunyai peraturan dan undang-undang untuk polis… Mereka akan di hukum menurut undang-undang polis.

Sumber: Aljazeera



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post