Video wanita gila seronok gilis kaki budak lima tahun dengan motosikal

Video wanita gila seronok gilis kaki budak lima tahun dengan motosikal | Video seorang wanita berusia 30-an yang tergamak melanggar kaki seorang kanak-kanak dengan menggunakan motosikal telah mengundang kecaman ramai khususnya warga internet seluruh dunia.

Video wanita gila seronok gilis kaki budak lima tahun dengan motosikal

Video wanita gila seronok gilis kaki budak lima tahun dengan motosikal

Menurut laporan portal berita Shanghaiist, kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakam di bandar Guangdong, wilayah Yangjiang sebelum dimuat naik ke media sosial pada 2 Januari.

Menerusi rakaman berdurasi 41 saat, dapat dilihat mangsa bersama seorang rakannya cuba merayu kepada wanita itu beberapa kali, namun suspek tetap ingin bertindak kejam ke atas mangsa yang sedang menangis.

Ini membuatkan rakannya itu cuba mengheret mangsa sejauh yang boleh untuk menyelamatkan diri daripada wanita yang sedang marah tersebut.

 

 

Video: Wanita 'Seronok' Gilis Kaki Budak 5 Tahun

Wanita itu kemudian menjerit kepada dua kanak-kanak itu dan secara perlahan-lahan menunggang motosikal jenis skuternya untuk melanggar kaki mangsa, membuatkan rakan mangsa merayu agar wanita terbabit berhenti berbuat demikian.

Netizen di China turut meluahkan rasa kemarahan mereka dan mendesak agar wanita itu dikenakan hukuman yang sama.

“Wanita itu patut dihukum dengan berbaring di tengah jalan dan biar kakinya dilanggar traktor,” kata seorang netizen.

Menurut laporan, wanita berkenaan difahamkan telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut. –

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post