Wow! Video remaja lelaki 19 tahun ada 4 bini jadi viral di media sosial

Lelaki diluar sana pastinya cemburu dengan remaja ini apabila mendakwa mempunyai empat isteri walaupun baru berusia 19 tahun.

Tentu timbul persoalan mengenai rahsia kehebatannya sehingga boleh memperisterikan empat wanita di usia begitu muda.

Wow! Video remaja lelaki 19 tahun ada 4 bini jadi viral di media sosial

Wow! Video remaja lelaki 19 tahun ada 4 bini jadi viral di media sosial

Menerusi sebuah video yang menjadi tular di media sosial, remaja ini diwawancara oleh seorang lelaki yang dipercayai wakil sebuah produk dikenali sebagai Amirna Pills.

Remaja yang dikenali sebagai Ikhwan itu memperkenalkan empat isterinya yang kelihatan muda dan hampir seusia dengannya.

 

 

Jelasnya, dengan penjualan produk tersebut dia dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga dari segi zahir dan batin.

“Dengan hasil produk ini saYa dapat menampung dan merapatkan ikatan zahir dan batin di antara empat orang isteri ini,” katanya.

Perkongsian video ini dilaman sosial menjadi bualan hangat netizen yang menganggap remaja tersebut bertuah kerana sudahlah berkahwin di usia muda ditambah pula bukan seorang tetapi empat isteri sekaligus.

“Dia umur 19 tahun dah kahwin 4. Aku nak kumpul duit wang hantaran untuk kahwin satu pun tersengguk-sengguk. What life!,” tulis Muhammad Adam.

Namun menerusi ruangan komen, Kyra Amirna Pills menjelaskan video tersebut hanyalah sebahagian daripada startegi pemasaran mereka.

“Orang nak cari rezeki, nampak tak mentaliti orang Malaysia? Suka viralkan benda-benda macam ini sebab itu kami marketingkan (pemasaran) cara macam ini. Laju jer viral tengok,” tulisnya.

Nyata, perkongsian video ini mendapat kritikan netizen yang menganggap cara pemasaran yang ‘kotor’, menipu dan tidak bijak kerana seperti mempergunakan remaja belasan tahun.

“Kesian budak-budak yang dipergunakan itu blur jer, nanti matang sikit pasti malu terutamanya perempuan, bodoh punya marketing,” tulus Dora D Amin.

“Melampau betul marketing strategy dia nak cari stokis, agent dropship bagai. Budak ni kahwin empat ker tidak, Wallahualam. Hish, guna cara lain lah. Bukan sebab isu kahwin 4, tapi sebab nampak desperate sgt nak menjual. Marketlah produk anda secara bijak dan ada nilai, ” tulis Nabilah Zaki.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat tontonan hampir 287 ribu dengan dikongsi lebih 3,143 kali di media sosial sejak dimuat naik di laman Facebook produk tersebut.

Jelas, video tersebut mendapat perhatian netizen walaupun ianya hanyalah salah satu strategi pemasaran dengan gaya penyampaian berbeza berbanding produk-produk kesihatan lain.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Wow! Video remaja lelaki 19 tahun ada 4 bini jadi viral di media sosial

Post a Comment

Previous Post Next Post