Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Peserta program realiti Mentor Milenia 2017 Usop tidak menyangka penyertaannya dalam program itu mendapat sambutan luar biasa.

Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Persembahan Usop, 20, atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor yang juga protege kepada Hazama di konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam kelmarin tular sejak semalam dan mendapat pujian ramai.

Usop yang menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal Aiman Tino menerima pujian apabila dikatakan berjaya membawakan lagu itu dengan cukup baik sekali.

Selain memiliki vokal menarik, Usop menarik perhatian ramai disebabkan sikapnya yang selamba dan kelakar.

 

Usop berkata, sehingga sekarang dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Saya menyertai program ini (Mentor Milenia 2017) bagi mencuba nasib di samping untuk mengubah nasib keluarga jika berjaya menjadi penyanyi.

“Namun, saya sangka mendapat sambutan luar biasa sehingga video persembahan saya pada malam itu menjadi tular dan mendapat pujian ramai,” kata anak muda berasal dari Kulim, Kedah ini.

Usop berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya walaupun baru pertama kali mengadakan persembahan.

Dalam masa sama, Usop tidak menafikan dia berasa sedikit tertekan kerana perlu memberikan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Keadaan ini juga membuatkan saya sedikit bimbang kerana apabila ramai yang suka, pasti juga ada yang tidak suka. Jadi saya harus siap sedia,” katanya.

Mentor Milenia 2017 membuka tirai persembahan dengan pemilihan peserta untuk mentor Hazama dan Akim, malam kelmarin.

Selain Ucop, Hazama turut memilih Balqis sebagai anak didiknya, manakala Anna dan Elica menjadi pilihan Akim.

Sumber: Metro



Sumber Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Post a Comment

Previous Post Next Post