Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan anggota penguatkuasa menghentikan operasi merampas berus bulu babi.

“Saya telah arahkan pegawai penguatkuasa supaya hentikan serbuan petang semalam (Rabu) selepas mesyuarat pasca Kabinet.

Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

“Kami tidak mahu mereka bertindak keterlaluan dan menyebabkan ia dilihat sebagai masalah besar di negara ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, peniaga telah diberi masa sebulan untuk meletakkan label pada berus berkenaan termasuk mengkhususkan produk yang dibuat daripada bahan berasaskan babi atau anjing.

 

Katanya, adalah memadai untuk meletakkan label “Produk Bulu Haiwan” pada produk berkenaan.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa juga telah dimaklumkan untuk mendidik peniaga bukannya mengenakan tindakan kerana isu itu timbul kerana pengeluar tidak menyediakan label yang sepatutnya.

Beliau berkata, peniaga juga tidak diwajibkan untuk meletakkan label ‘halal’ pada produk bukan makanan seperti yang disarankan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Hamzah juga menyuarakan kekesalannya apabila operasi melibatkan rampasan berus itu telah menimbulkan isu berkaitan agama dan perkauman.

“Saya sedar ada pihak yang akan menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan rakyat dan memburukkan kerajaan,” katanya.

Sejak Selasa, kementerian itu telah merampas 2,000 berus yang dibuat daripada bulu babi bernilai lebih RM10,000.

Katanya, pihaknya akan memutuskan kemudian mengenai tindakan lanjut terhadap barang rampasan itu.

Sumber: Mstar



Sumber Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

Post a Comment

Previous Post Next Post