Muntah-muntah selepas sarapan pagi, bayi maut tersedak susu

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tersedak susu pagi tadi.

Muntah-muntah selepas sarapan pagi, bayi maut tersedak susu

Muntah-muntah selepas sarapan pagi, bayi maut tersedak susu

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan laporan polis, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi yang mana bayi perempuan itu mengalami muntah-muntah selepas sarapan pagi.

Menurutnya, ayah bayi berusia 32 tahun itu bersama isteri membawa bayi tersebut ke Klinik Kesihatan (KK) Pasir Panjang untuk rawatan namun disahkan  meninggal dunia oleh doktor yang merawat sebaik tiba di klinik tersebut sekitar jam 11.11pagi.

 

“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Port Dickson mendapati, sebab kematian adalah kerana paru-paru dimasuki air dan cecair yang ada di paru-paru sama seperti di kerongkong bayi tersebut, dipercayai tersedak susu.

“Dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Muntah-muntah selepas sarapan pagi, bayi maut tersedak susu

Post a Comment

Previous Post Next Post