Pengunjung terkena jangkitan rotavirus, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong ditutup

“Tak sangka pula tempat yang mempunyai kolam air panas ada virus dan selalunya kawasan macam tu boleh mengubat penyakit terutama penyakit kulit,” kata Yusmawati Yusuf, 47, dari Taman Mutiara Sungai Kob, di sini.

Dua anak perempuannya kini dirawat di Hospital Kulim (HK) akibat jangkitan rotavirus selepas mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong, Baling, 30 Januari lalu.

Pengunjung terkena jangkitan rotavirus, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong ditutup

Pengunjung terkena jangkitan rotavirus, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong ditutup

Katanya dia berkunjung ke pusat rekreasi itu membabitkan seramai enam orang termasuk seorang kawan anaknya kira-kira jam 8 malam dan pulang ke rumah kira-kira jam 5 pagi.

“Selepas tiga hari iaitu pada Selasa malam, anak perempuan berusia lapan tahun berasa pening kepala dan demam, ketika itu dia tidak muntah atau cirit-birit.

“Namun, keesokkan harinya anak saya mulai mengalami gejala cirit-birit dan terus membawanya ke wad kecemasan Hospital Kulim dan menjalani pemeriksaan lalu disahkan terkena jangkitan rotavirus.

“Manakala seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun kelmarin, baru dimasukkan ke wad akibat muntah serta cirit-birit dan kini selepas menerima rawatan keadaaan mereka stabil,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Asmadi Abu Talib serta Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kulim/Bandar Baharu, S Thuraisingam, di wad kanak-kanak HK, dekat sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Skuad Sayang Parlimen Padang Serai, Noraiza Abdul Rahim.

Menurut Yusmawati, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu kerana ini pertama kali terdengar kes sebegitu dan sekiranya tahu sudah tentu mereka sekeluarga tidak berkunjung ke sana.

Sementara itu, seorang lagi waris mangsa Anis Mohd Shukur,28, dari Taman Serai Wangi, Padang Serai berkata, dia ke pusat rekreasi terbabit akhir bulan lalu dan selepas itu terus pulang ke kampungnya di Sik.

Katanya, selepas tiga hari dia menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApps yang dihantar oleh adiknya mengenai kejadian penutupan pusat rekreasi terbabit akibat rotavirus.

“Sebelum menerima pesanan itu anak perempuan saya yang berusia empat bulan mengalami demam, namun tidak cirit birit. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga kami terus pulang ke rumah dan membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

“Syukur keadaan anak saya kini kembali pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini (semalam),” katanya.

Bagi Mohd Azizi Abdul Razak,40, dari Labu Besar, dia turut berkunjung ke pusat rekreasi terbabit pada hari yang sama dengan pesakit lain.

Katanya, tiga anaknya terkena jangkitan rotavirus selepas pulang ke rumah tiga hari dari pusat rekreasi terbabit.

“Hari Rabu anak perempuan saya berusia 10 tahun dimasukkan ke wad, selepas itu anak sulung lelaki berusia 11 tahun dan yang bongsu berusia 3 tahun.

“Keadaan mereka kini semakin baik selepas menerima rawatan dan yang lelaki sudah dibenarkan keluar,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Pengunjung terkena jangkitan rotavirus, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong ditutup

Post a Comment

Previous Post Next Post