3:30:00 AM

KOREA UTARA sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.

rahsia Korea Utara

rahsia Korea Utara

Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. ‘Kebusukan’ inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di  negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan. Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin. Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14. Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap. Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia. Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya. Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya. Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya. Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta  ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu. Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya. Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa. Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insurans

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans. Wang daripada insurans ini  digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk  keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram. Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu  menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber 7 rahsia Korea Utara yang disembunyikan

0 comments:

Post a Comment

loading...