“Apa? Mengapa ia ditutup?,” – Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka sanggup datang dari jauh kerana mengidam kari Nasi Kandar Line Clear

Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Kamal Pasha Jamal antara penggemar nasi kandar yang sanggup memandu selama berjam-jam semata-mata untuk menikmati keenakkan hidangan yang berasal dari Pulau Pinang itu.

"Apa? Mengapa ia ditutup?," - Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka sanggup datang dari jauh kerana mengidam kari Nasi Kandar Line Clear

“Apa? Mengapa ia ditutup?,” – Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka sanggup datang dari jauh kerana mengidam kari Nasi Kandar Line Clear

Namun malangnya, kedai nasi kandar pilihan Kamal iaitu Line Clear telah diarahkan tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

“Apa? Mengapa ia ditutup?,” soalnya sambil berjalan ke lorong di Jalan Penang dan Jalan Chulia, lokasi kedai nasi kandar 24 jam itu beroperasi.

Kamal tinggal di Kulim dan sanggup memandu ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar sebagai menu makan tengah harinya.

 

“Saya menikmati nasi kandar di sini sejak 60-an. Saya perlu datang lagi setiap bulan atau tidak kira berapa jauh saya berada. Saya mengidam udang dan kari kepala ikannya.

“Saya percaya penguatkuasa kesihatan tahu apa yang mereka lakukan. Saya harap penutupan ini akan membantu memperbaiki kelemahan kedai tersebut,” katanya.

Seorang lagi pelanggan Line Clear selama 40 tahun, R.Manoharan, 55, turut singgah seketika di kedai tersebut.

“Saya tahu ia diarahkan tutup. Saya datang ke sini untuk memberikan sokongan moral. Saya harap pihak berkuasa menyedari Line Clear adalah makanan warisan dan tarikan pelancong serta tidak ditutup selama-lamanya,” kata Manoharan.

Pekerja Line Clear dilihat melakukan aktiviti pembersihan ketika tinjauan The Star ke lokasi itu pada Selasa.

Mereka melakukan semburan di setiap sudut dengan penyembur jet dan menyental bahagian dalam peti sejuk, rak dan kabinet.

Malah almari yang tidak digunakan di bawah tangga terbukti menjadi punca kedai tersebut ditutup kerana penguatkuasa kesihatan menemui bangkai tikus dan najis binatang itu di permis berkenaan.

Pemiliknya, Sahubar Ali Md Haniffa, 59, menyelongkar almari dekat bahagian dapur itu untuk membersihkan kawasan tersebut dengan cecair peluntur.

“Kami tidak pernah membuka almari itu sejak beberapa tahun,” katanya.

Sahubar mengakui kesilapannya kerana di bawah kepingan zink di atas kaunter top penguatkuasa kesihatan menemui lapisan tebal kotoran berminyak yang terkumpul sekian lama.

Mereka juga merobohkan sebahagian kaunter dapur dekat dapur gas.

“Kami akan membina kaunter top berbatu dengan jubin yang lebih kemas.

“Saya berasa sedih kerana ini kali pertama Line Clear diarahkan tutup sejak ia beroperasi kira-kira 70 tahun lalu,” katanya.

Susulan arahan penutupan itu, Sahubar mengkritik tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Mereka mendakwa menjadi mangsa sabotaj.

“Kami akui bersalah dan akan menghormati undang-undang kesihatan awam,” katanya.

Beliau berkata selepas kerja pembersihan selesai, mereka akan mengemukakan rayuan kepada MBPP untuk membuka semula kedai tersebut lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata pemeriksaan pada Isnin bukan dilakukan kerana aduan terhadap kedai tersebut.

Selain Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak di sebelahnya juga telah diarah tutup buat sementara waktu.

Sumber: Mstar



Sumber “Apa? Mengapa ia ditutup?,” – Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka sanggup datang dari jauh kerana mengidam kari Nasi Kandar Line Clear

Post a Comment

Previous Post Next Post