11:19:00 PM
2

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini, tampil menjawab berhubung isu kad pengenalan yang tular di media sosial kononnya merupakan ‘IC warga asing yang diberikan warganegara’.

Nama dalam IC Cina, tapi muka lain - Ini jawapan JPN

Nama dalam IC Cina, tapi muka lain – Ini jawapan JPN

Menjelaskan salah faham tersebut, menurut jurucakap JPN pemegang MyKad tersebut merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India.

“Beliau merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina,” jelas jurucakap JPN kepada Sinar Online.

 

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan berdasarkan peraturan sedia ada, ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat dengan nama selain nama asal dan dalam kes bukan Islam boleh mengikut nama keluarga angkatnya.

Terdahulu, MyKad yang tular di media sosial didakwa milik warga asing yang diberikan bertujuan untuk PRU-14.

Sumber: Sinar



Sumber Nama dalam IC Cina, tapi muka lain – Ini jawapan JPN

2 comments:

Post a Comment

loading...