Seng Heng di rompak 4 kali, rupanya kepala bekas pekerja Seng Heng kepala penyamun

Polis menahan lima lelaki disyaki aktif menyamun rangkaian kedai barangan elektrik Seng Heng sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan dilakukan susulan kes samun bersenjatakan parang berlaku di kedai Seng Heng di Sungai Buloh, 29 Januari lalu.

Katanya, suspek pertama ditangkap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Kuala Lumpur, pada 5 Mac lalu.

“Susulan itu, polis menahan empat rakannya dalam tiga serbuan berasingan di mana dua daripada mereka ditangkap di Taman Ikan Emas, manakala dua lagi di Bukit Antarabangsa dan Bukit Jalil.

“Siasatan mendapati, mereka yang berusia 27 hingga 34 tahun itu disyaki terbabit dalam empat kes rompakan di kedai Seng Heng iaitu di Nilai, Rawang, Subang Jaya dan Sungai Buloh sehingga menyebabkan kerugian RM236,517.

“Polis sedang memburu dalang utama sindiket terbabit, Mohd Yushezry Yusop, 34, atau dikenali Ayie dan suspek dikenal pasti sebagai bekas pekerja Seng Heng,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Seng Heng di rompak 4 kali, rupanya kepala bekas pekerja Seng Heng kepala penyamun

Post a Comment

Previous Post Next Post