Wabak H5N1 landa Kelantan, bapa terpaksa batal tempah lauk ayam untuk kenduri kahwin anak

Takutkan wabak selesema burung yang disebabkan virus Avian Influenza (H5N1), seorang bapa dari Taman Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam, di sini, terpaksa membatalkan tempahan 50 ekor ayam yang dibuatnya seminggu lalu.

Tempahan itu dibuat Azmi Mat Saad, 54, untuk hidangan sempena majlis perkahwinan anak ketiganya semalam, tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana bimbang dengan wabak berbahaya itu selain tidak mahu kesihatan 500 tetamunya terjejas.

Walaupun menganggap majlis keraian itu seperti tidak lengkap tanpa masakan ayam, katanya, tindakan itu lebih baik daripada tetamunya pulang dalam keadaan sakit.

“Ini adalah kali pertama saya mengadakan kenduri perkahwinan mahupun doa selamat tanpa hidangan berasaskan ayam. Sebelum ini, dua perkahwinan anak terdahulu mesti ada masakan ayam…kenduri doa selamat pun begitu kerana daging ayam adalah lauk kebiasaan yang diminati tetamu.

“Malangnya, disebabkan H5N1, saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang jika ayam ditempah itu dijangkiti wabak dan tetamu saya terjejas. Walaupun belum ada lagi laporan mengatakan penyakit ini tidak menjangkiti manusia, saya tetap bimbang dan kena berhati-hati,” katanya di sini, semalam.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Wabak H5N1 landa Kelantan, bapa terpaksa batal tempah lauk ayam untuk kenduri kahwin anak

Post a Comment

Previous Post Next Post