‘Isteri arah saya jaga anak & jangan ganggu dia sementara dia mahu ‘bersama’ suami keduanya…’

Saya seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata. Baru-baru ini saya bermimpi yang isteri saya bernikah lagi dengan seorang lelaki. Dengan erti kata lain, saya telah dimadukan oleh isteri. 
'Isteri arah saya jaga anak & jangan ganggu dia sementara dia mahu 'bersama' suami keduanya...'

‘Isteri arah saya jaga anak & jangan ganggu dia sementara dia mahu ‘bersama’ suami keduanya…’

Dalam mimpi itu, isteri memakai pakaian pengantin dan bersiap hendak bernikah. Dia mengarahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Setelah mereka selamat bernikah, mereka balik ke rumah kami dengan pakaian pengantin. Isteri arahkan saya menjaga anak sementara dia hendak bersama dengan suami keduanya. Dia siap berpesan agar saya tidak menganggu ketika mereka sedang ‘bersama’. 
Malam itu, mereka masuk ke bilik dan mengunci pintu. Ketika itu saya sedang menonton televisyen di ruang tamu, terdengar gelak ketawa mereka dari dalam bilik. Kadang-kadang bunyi merengek. Hati saya ketika itu sudah menjadi panas. Allah sakitnya hati, Tuhan saja yang tahu. 
Dengan geram saya menolak daun pintu sekuat hati dan apa yang saya lihat, mereka sedang bercumbuan di atas katil. Menggigil tubuh badan saya menahan marah. 
Sedar-sedar saja, saya mengucap panjang. Saya lihat isteri di sebelah, terus saya cubit-cubit dan tampar isteri sambil menjerit-jerit walaupun tahu ia sekadar mimpi mainan tidur sahaja. Tetapi saya tidak dapat menahan rasa sakit hati, saya tampar-tampar isteri sebab nak membalas dendam dan sakit hati. Isteri yang sedang tidur terkejut dengan tindakan saya. 
Sewaktu saya sedang menaip kisah ini pun, rasa sakit hati dengan mimpi itu masih terasa walaupun sudah seminggu berlalu. Allah, lamanya nak hilangkan rasa sakit hati ini. 
Sekarang barulah saya sedar mengapa ramai wanita yang marah apabila suaminya hendak berkahwin lagi. Saya sudah merasainya walaupun dalam mimpi. Kalau ditakdirkan wanita bole hbernikah lagi satu, rasanya saya tak sanggup. Ya Allah, saya betul-betul tak sanggup. Mungkin ramai lelaki yang meroyan apabila perempuan dapat berkahwin lebih dari satu.
Jadi, sedarlah suami-suami di luar sana, hati perempuan mana yang sanggup melihat suaminya bersama insan lain. Sekadar luahan hati seorang suami, jangan kecam saya.
Sumber: TR


Sumber ‘Isteri arah saya jaga anak & jangan ganggu dia sementara dia mahu ‘bersama’ suami keduanya…’

Post a Comment

Previous Post Next Post