Permainan Blue Whale arah peserta bunuh diri sudah korbankan 130 remaja

PERMAINAN Blue Whale atau paus biru yang mengarahkan pesertanya terutama remaja supaya bunuh diri semakin menular di seluruh dunia. Blue Whale ini dikatakan telah mengorbankan 130 remaja di Rusia.

Permainan Blue Whale arah peserta bunuh diri sudah korbankan 130 remaja

Permainan Blue Whale arah peserta bunuh diri sudah korbankan 130 remaja

Permainan berkenaan yang tersebar melalui media sosial akan meminta remaja terbabit menamatkan cabaran dalam masa 50 hari termasuk bangun tengah malam dan cederakan diri sendiri.

Remaja yang terlibat dalam permainan ini juga akan diarahkan menggunakan pisau atau pisau cukur untuk melakarkan bentuk ikan paus di pergelangan tangan atau kaki mereka.

Mereka juga akan diarah menonton filem seram sepanjang hari dan bangun pada pukul 4.20 pagi.

 

Pada akhir cabaran, yang memasuki hari ke-50, pemain akan diarahkan oleh `master’ permainan itu untuk membunuh diri.

Permainan yang menggunakan media sosial sebagai platform itu kini dalam siasatan polis di Rusia dan semakin membimbangkan ramai.

Ia terbongkar susulan kematian dua remaja perempuan di Rusia iaitu Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, yang meninggal dunia selepas terjun dari sebuah pangsapuri.

Yulia sempat meninggal nota `Tamat’ dalam akaun media sosialnya dan turut memuatnaik gambar ikan paus biru.

Manakala seorang lagi gadis, Ekaterina, 15, cedera parah apabila terjatuh di atas salji dari sebuah apartmen.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber Permainan Blue Whale arah peserta bunuh diri sudah korbankan 130 remaja

1 Comments

Previous Post Next Post