7:52:00 PM

Polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) didakwa gagal bertindak terhadap penipuan jongkong emas, lapor Sinar Harian.
Kepingan emas dan wang Swiss Franc dalam foto yang dirakam di Vienna. Mangsa penipuan jongkong emas di Malaysia mendakwa kerugian RM24 juta. — Foto Reuters

Sebanyak 282 aduan polis dibuat sehingga 2015 tetapi mendapati “tiada bukti kukuh”, sementara SKM pula dilaporkan “bersikap lepas tangan”.

Skim pembelian itu, yang didakwa dijalankan seorang Datuk “palsu” dan isterinya, melibatkan 2,400 mangsa dengan kerugian RM24 juta.

Pasangan ini berselindung di sebalik koperasi yang sah sebagai “umpan” menjual emas dengan harga murah sejak 2014, kata beberapa mangsa kepada akhbar itu.

Tiga mangsa yang bercakap kepada harian itu mendakwa kerugian mereka masing-masing RM300,000, RM500,000 dan RM800,000.

Suami isteri itu mendakwa memiliki lombong emas di Kelantan, walau tidak wujud, kemudian menyatakan jual-beli terpaksa dibatalkan kerana masalah bekalan.

Mereka bagaimanapun tidak memulangkan wang yang telah dibayar oleh mangsa, lapor Sinar Harian.

Ahli-ahli lembaga pengarah koperasi terbabit, yang tidak dinamakan, turut bersekongkol dalam penipuan itu, kata mangsa lagi.

Sumber: Projek MMO



Sumber Tipu emas RM24 juta, 282 aduan dah dibuat, mangsa pula 2400 orang tapi tiada tindakan dari polis dan skmm

0 comments:

Post a Comment

loading...