3:25:00 AM

“ANDA sepatutnya tembak saya, saya mahu bunuh mereka,” itu yang diperkatakan seorang lelaki yang merempuh kawasan pejalan kaki di Times Square, New York, Amerika Syarikat, semalam selepas ditahan polis.

“ANDA sepatutnya tembak saya, saya mahu bunuh mereka” - Pemandu ‘Gila’ Sengaja Langgar Pejalan Kaki

“ANDA sepatutnya tembak saya, saya mahu bunuh mereka” – Pemandu ‘Gila’ Sengaja Langgar Pejalan Kaki

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan), seorang wanita maut manakala 22 cedera selepas kenderaan yang dipandu suspek, Richard Rojas, 26, merempuh kawasan pejalan kaki di sepanjang tiga blok bangunan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Alyssa Elsman, 18, dan adik perempuanya yang berusia 13 tahun cedera ringan.

Breaking911 melaporkan, Richard yang memandu kenderaan berwarna merah jenis Honda Accord itu dilihat sengaja merempuh kawasan pejalan kaki sebelum kenderannya terbabas.

 

Suspek kemudiannya cuba melarikan diri namun ditahan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Pada pemeriksaan polis, Richard yang merupakan seorang anggota tentera itu mempunyai kandungan sintetik marijuana yang dikenali sebagai K2 di dalam badan.

Laporan Reuters pula mengatakan Richard ‘berhasrat untuk mati’ dalam kejadian tersebut.

Richard juga mendakwa beliau mendengar ‘suara’ menyuruhnya melanggar orang ramai.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menolak motif berkenaan keganasan dalam kejadian tersebut.

Sebuah rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan insiden mengerikan itu berlaku.

Pada awal rakaman jelas kelihatan kenderaan suspek yang tiba-tiba membelok ke arah laluan pejalan kaki dan sengaja merempuh orang ramai di kawasan tumpuan pelancong itu.

Jelas kelihatan orang ramai melambung apabila dirempuh dan ada juga yang sempat mengelak kenderaan yang dipandu suspek.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “ANDA sepatutnya tembak saya, saya mahu bunuh mereka” – Pemandu ‘Gila’ Sengaja Langgar Pejalan Kaki

0 comments:

Post a Comment

loading...