11:45:00 AM

Sepasang suami isteri terpaksa menggunakan ‘kaedah loteri’ untuk memilih seorang daripada dua anak kembar lelaki mereka yang sakit untuk diberi rawatan kerana tidak mampu menyelamatkan dua beradik itu.

Wang Guojun dan Xu Shijia dari Inner Mongolia tiada pilihan selain menuliskan kata-kata ‘pergi’ dan ‘tinggal’ atas dua helai kertas untuk dipilih anak kembar mereka, Wen Yuan serta adiknya Wen Bo, tujuh bulan.

Pada 9 Mei lalu, Wen Yuan memilih kertas tertulis ‘pergi’ bererti dia akan ke Shanghai bersama ibu bapanya untuk rawatan bagi penyakit jantung serta radang paru-paru.

Sebaliknya, adiknya yang menghidap penyakit sama akan ditinggalkan di rumah dan menyerah diri kepada takdir.

Keluarga yang terdesak itu membuat rayuan kepada orang ramai melalui media pada 11 Mei lalu untuk mencari sesiapa yang sanggup membantu mereka sekeluarga.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Bayi kembar ni sakit jantung, tapi ibu bapanya terpaksa pilih seorang sahaja untuk rawatan

0 comments:

Post a Comment

loading...