Caj RM4.09 seliter: Shell minta pelanggan kemuka resit untuk pemulangan balik wang

Shell meminta mana-mana pelanggan yang terlibat dalam 160 transaksi yang terganggu antara jam 12.01 sehingga 1.30 pagi pada 18 Mei supaya tampil.

Caj terlebih: Shell minta kemuka resit

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Shell memerlukan pelanggan terlibat mengemukakan resit untuk mendapatkan pulangan wang.

“Jika anda telah mengisi minyak di stesen-stesen kami pada waktu tersebut, tolong semak resit anda, dan bawa kembali ke stesen di mana anda membuat pembelian untuk mendapatkan bayaran balik,” kata Shell.

Berita mengenai harga salah di beberapa stesen minyak Shell menjadi tular di laman sosial semalam.

Syarikat itu kemudian mengakui berlaku masalah teknikal dan berjanji memulangkan wang kepada pelanggan yang mengisi petrol RON95 pada harga RM4.09 sejak awal pagi semalam.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Caj RM4.09 seliter: Shell minta pelanggan kemuka resit untuk pemulangan balik wang

Post a Comment

Previous Post Next Post