Netizen kecam Fattah Amin dapat anugerah Buku Paling Popular, lelaki ini hentam netizen balik!

1. Ramai menyangkal anugerah yang diterima Fattah Amin hari ini.

2. Rilek la. Dia menang anugerah buku popular, bukan buku terbaik. Takkanlah kita semakin hari lupa konsep itu semua rezeki dia?

Netizen kecam Fattah Amin dapat anugerah Buku Paling Popular, lelaki ini hentam netizen balik!

Netizen kecam Fattah Amin dapat anugerah Buku Paling Popular, lelaki ini hentam netizen balik!

3. Aku bukan nak pertahan Fattah Amin, cuma jelas benar kebencian yang ditunjukkan tu tak ada asas.

4. Menurut kajian psikologi, tiap-tiap orang mempunyai kecenderungan untuk melihat diri sendiri dari segi negatif. Ini membuatkan kita jadi lebih “suka menentang” berbanding “membuat sesuatu yang baru.”

5. Kita selalu mengutuk orang lain kerana kita percaya dengan mengutuk misalnya Fattah Amin, membuatkan kita rasa diri kita lebih dihargai.

6. Lagipun, sekarang ni dengan adanya media sosial, kita sendiri mudah jadi pak turut kepada sesuatu yang dibenci, kerana ada orang lain mula benci atau ramai yang tentang. Kita sertai kerana takut kita tak ada kumpulan untuk berhinggap.

7. Kita kutuk Fattah Amin kerana kita takut rasa keseorangan, kita nak ada bersama orang yang sependapat dengan kita.

8. Paling penting, kita kutuk Fattah Amin dengan mengharapkan daripada pengaruh negativiti yang kita kongsikan itu, membuatkan kita rasa selesa dengan diri kita, apa yang kita ada dan apa yang kita tak ada.

9. Perasaan ini samalah seperti kau pergi reunion kawan sekolah kau, kemudian sekor-sekor mula banding kereta apa dia bawak. Ni semua tabiat nak sedapkan hati secara individu la ni. Nak rasa yang diorang something. Somebody.

10. Paling aku tak tahan, ramai yang cuba justifikasikan yang anugerah kepada Fattah Amin membuktikan masyarakat kita ni bodoh.

11. Siapa yang bodoh? Peminat Fattah Amin ke? Gi la cakap kat diorang masa diorang beratur kat PWTC.

12. Ada lagi tak kumpulan orang bodoh? Ramai lagi kan? Semua yang bodoh ni, semua yang sokong benda popular.

13. Nampak tak ada hubungkait antara populariti dan negativiti?

13. Kita boleh kata semua orang bodoh.

14. Kalau kita ni pandai, cuba lah fikir kenapa kau benci benar Fattah Amin? Cuba beritahu aku.

15. Hakikatnya, kau pun follower. Masalahnya, kau tak tau pun siapa kau follow tetapi kau tetap ikut sebab itu membuatkan kau rasa lebih lengkap.

16. Tak ada siapa pun halang kau pegi masuk pertandingan Hero Remaja yang jadi titik mula Fattah Amin punya kerjaya.

17. Satu hari nanti kau menang anugerah, kau kaya dan orang benci kau tak pasal-pasal, macam mana?

Sumber: Irmanyadi Idris



Sumber Netizen kecam Fattah Amin dapat anugerah Buku Paling Popular, lelaki ini hentam netizen balik!

1 Comments

  1. bagi aku nobody perfect in the world, Except Nabi Muhammad S.A.W. Tak mudah untuk buat semua orang sukakan kita, dan tak mudah juga buat orang benci dengan kita. Bagi aku fatah dia ada class tersendiri. Tak minat dia pun, tapi aku tak benci dia. Itu hal dia dalam dunia seni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post