“Pembangkang tak ada jasa, kerana itu ALLAH SWT beri kemenangan kepada BN setiap kali PRU” – Najib

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, menyatakan keyakinan bahawa Umno akan terus menakluk pemerintahan negara hasil sumbangan jasa bakti demi rakyat sepanjang 71 tahun memerintah.

'ALLAH bagi menang sebab Umno banyak jasa'

Menurutnya, terlalu banyak bantuan hasil cetusan Umno yang memberi seribu satu manfaat kepada rakyat selama ini.

Antaranya, subsidi ibadah haji, pembinaan rumah rakyat miskin, subsidi kesihatan serta bantuan Pendidikan percuma.

Ia berbeza dengan pembangkang yang hanya cakap kosong.

“Pembangkang hanya banyak cakap dan banyak tabur fitnah tapi tak ada budi tak ada jasa. Kerana itu  ALLAH SWT  beri kemenangan kepada BN setiap kali PRU.

“Bantuan diberikan Umno pelbagai bentuk serta terlalu besar dan banyak. Ianya bukan ikut musim kerana selama usia Umno kita terus usaha bantu rakyat,”katanya ketika berucap sempena Pelancaran Program Umno Bantu Rakyat Biro Kebajikan Umno, di sini.

Dalam majlis itu beliau menyempurnakan pelepasan konvoi Jelajah Umno Bantu Rakyat Biro Kebajikan Umno.

Seramai 300,000 rakyat miskin luar Bandar disasarkan bagi memanfaatkan bantuan tersebut.

Terdahulu turut disampaikan sumbangan kepada anak yatim, pertubuhan ibu tunggal, orang miskin serta kepada 22 Umno Bahagian Selangor.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Pembangkang tak ada jasa, kerana itu ALLAH SWT beri kemenangan kepada BN setiap kali PRU” – Najib

Post a Comment

Previous Post Next Post