“Adakah ini rupa sebenar penyanyi tersohor dunia? Dia kelihatan seperti nenek yang cuba kelihatan seperti cucunya” – Mariah Carey dikecam netizen kerana gemuk

PENYANYI popular Amerika Syarikat (AS) berusia 47 tahun, Mariah Carey baru-baru ini dilihat mengunjungi beberapa butik ketika berada di Barcelona, Sepanyol.

“Adakah ini rupa sebenar penyanyi tersohor dunia? Dia kelihatan seperti nenek yang cuba kelihatan seperti cucunya" - Mariah Carey dikecam netizen kerana gemuk

“Adakah ini rupa sebenar penyanyi tersohor dunia? Dia kelihatan seperti nenek yang cuba kelihatan seperti cucunya” – Mariah Carey dikecam netizen kerana gemuk

Bagaimanapun penampilannya ketika itu mencuri perhatian masyarakat setempat di bandar raya tersebut kerana dia kelihatan berisi daripada sebelum ini.

Walaupun merupakan bintang antarabangsa, rata-rata netizen pada awalnya tidak perasan kehadirannya kerana Mariah tidak memakai solekan dan membiarkan rambut disisir ke belakang tanpa sebarang dandanan.

Mariah mengenakan sehelai baju berleher luas yang sangat nipis sehingga menampakkan baju dalamnya serta perutnya yang kelihatan buncit.

 

 

Menurut sumber, rata-rata peminat mengkritik rupa Mariah dan mengatakan ia tidak sesuai dengannya.

 

“Adakah ini rupa sebenar penyanyi tersohor dunia? Dia kelihatan seperti nenek yang cuba kelihatan seperti cucunya,” kata peminatnya seperti yang dilaporkan media.

“Apa lebih pelik, dia juga memakai seluar legging hitam ketat menampakkan bentuk badan kelihatan amat besar dari atas. Dia sangat gemuk,” kata seorang lagi peminatnya yang turut berada di kawasan itu.

 

Mariah juga  menambah beberapa aksesori seperti rantai, anting-anting pada hari itu bagi menampakkan dirinya masih glamor dan muda.

Kasut tinggi yang dipakai oleh Mariah juga menarik perhatian peminat yang risau jika penyanyi kesayangan mereka itu terjatuh di hadapan orang ramai kerana berpendapat kasut itu tidak sesuai dipakai secara kasual.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Adakah ini rupa sebenar penyanyi tersohor dunia? Dia kelihatan seperti nenek yang cuba kelihatan seperti cucunya” – Mariah Carey dikecam netizen kerana gemuk

Post a Comment

Previous Post Next Post