Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

Cukai pelancongan yang dikenakan terhadap penginapan di bilik hotel adalah langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH), Faiz Fadzil.

Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat - Ketua Pemuda Amanah

Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

“Pelaksanaan cukai baru ini setelah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmanatan) diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan kantung negara berada dalam keadaan tenat.

“Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini,” dakwanya pada kenyataan media.

Menurut Faiz, hutang negara yang mencecah RM683.9 bilion dan bersamaan 54.46 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.

“Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini,” katanya pada kenyataan media.

Pada 6 Jun lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan cukai pelancongan berkuatkuasa 1 Ogos yang akan menyaksikan pelanggan, termasuk rakyat tempatan perlu membayar sehingga RM20 bagi penginapan sebuah bilik hotel semalaman.

Nazri berkata, pelaksanaan cukai pelancongan membolehkan kerajaan mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Mengulas lanjut, Faiz berkata cukai pelancongan yang diperkenalkan kerajaan berupaya menjejaskan industri perhotelan dan pelancongan kerana caj yang dikenakan terlalu tinggi.

Memetik Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, beliau berkata resit pelancongan tahun 2015 merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.

Katanya, keadaan itu pasti menjejaskan industri pelancongan yang akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan yang bergantung kepada industri ini.

“Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangi industri pelancongan akan lebih terkesan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Cukai pelancongan yang dikenakan ke atas penginapan hotel bukti kantung negara makin tenat – Ketua Pemuda Amanah

1 Comments

  1. ape lagi...boikot la duduk hotel..kite tgok klau industri pelancongan jatuh..gelabah tak dorg

    ReplyDelete
Previous Post Next Post