Nelydia Senrose menggigil satu badan nampak Eman Manan masuk set penggambaran

Mula menceburi dunia lakonan menerusi Spa Q ketika berusia 13 tahun pada 2007, Nelydia Senrose, 22, terus menimba pengalaman hingga membintangi banyak drama dan amat dikenali menerusi Setia Hujung Nyawa.

Nelydia Senrose menggigil satu badan nampak Eman Manan masuk set penggambaran

Nelydia Senrose menggigil satu badan nampak Eman Manan masuk set penggambaran

Bagi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 30 Julai 1994 ini, dua bintang berpengalaman, Eman Manan dan Ellie Suriaty adalah pelakon sejati dan menjadi idolanya sejak dulu.

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen akui, mereka berdua sangat diminatinya sejak kecil lagi sebelum dia menjadi pelakon. Malah katanya, dua pelakon itu sentiasa menjadi rujukan untuk membina kerjayanya dalam bidang seni.

Baginya, Eman aktor yang mempunyai aura dan karakter tersendiri. Dari kecil lagi dia meminati lakonan Eman dan suka menonton drama dan filem lakonan beliau.

“Muncul dan datanglah ramai hero baru yang kacak sekarang, belum tentu mampu membuatkan minat saya berubah terhadapnya.

“Eman adalah pelakon yang memiliki karisma. Jika dinilai pada sudut personaliti, aktor itu mempunyai gaya lelaki Melayu sejati yang kacak.

“Sebelum ini banyak aktor digelar hero Malaya tetapi pada saya, secara peribadi gelaran itu lebih berhak diberikan kepada Eman,” katanya.

Apabila bergelar pelakon, Nelydia akhirnya berpeluang bertemu aktor diminatinya apabila mereka disatukan dalam drama Lambaian Kasih.

Katanya, dia masih ingat lagi detik sewaktu kali pertama bertentang mata dengan pelakon idolanya.

“Waktu itu Ummi Nazeera turut berlakon dan kami berdua memang sama-sama meminati Eman. Sebaik dia datang dan masuk set, saya dan Ummi menggigil.

“Bayangkan tiba-tiba saja masuk set dan terus mengutarakan dialognya. Saya dan Ummi terus terpinga-pinga dan menggeletar satu badan.

“Saya luahkan kepada Ummi seperti mahu pulang dan tidak mahu berlakon,” katanya.

Nelydia akui, ketika itu bukan dia dan Ummi tidak menghafal skrip tetapi sebaliknya terpaku apabila melihat Eman berada di hadapan mata. Bukan itu saja, dia berasakan dialog yang dihafal itu tersekat di kerongkong dan dia hanya mampu memandang aktor itu tanpa berkedip.

Kata Nelydia, menyedari situasi itu akhirnya Eman cuba berlembut dan menimbulkan suasana ceria bagi mewujudkan keserasian antara mereka.

“Menerusi Eman juga saya belajar satu perkara membabitkan kerjaya lakonan iaitu pelakon seharusnya tahu dan hafal dialog semua orang dan tidak menghafal dialog sendiri saja.

“Apabila bekerja dengan Eman, saya sedar bahawa apa yang saya saksikan di TV membabitkan lakonan dipersembahkan aktor itu sehingga dia nampak bagus kerana dia pelakon yang mempunyai ilmu dan bijak,” katanya.

Mengenai Ellie pula, Nelydia berasakan aktres berpengalaman dan turut bergelar pengarah itu sangat memberi apabila beraksi.

“Ellie mampu menarik emosi penonton yang menyaksikan drama mahupun filem yang dijayakan. Ellie antara pelakon yang berjaya membuatkan saya gelak besar atau menangis tersedu-sedu.

“Dia berlakon sepenuh jiwa sehingga kita sebagai penonton boleh merasainya. Tidak dinafikan memerhatikan lakonannya dalam setiap drama dijayakan membuatkan saya sebagai pelakon banyak belajar.

“Cuma saya belum lagi punya rezeki untuk bekerja dengan Ellie, sama ada sebagai rakan pelakon atau berlakon bawah arahannya.

“Memang saya menyimpan impian agar satu hari nanti dapat bekerja dengannya sebagaimana saya berpeluang bekerja dengan Eman,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Nelydia Senrose menggigil satu badan nampak Eman Manan masuk set penggambaran

Post a Comment

Previous Post Next Post