“Kaum wanita tolong hati-hati bila basuh pakaian dalam di dobi layan diri” – Gelagat pelik pakcik baju merah ini sangat menakutkan

"Kaum wanita tolong hati-hati bila basuh pakaian dalam di dobi layan diri" - Gelagat pelik pakcik baju merah ini sangat menakutkan

“Kaum wanita tolong hati-hati bila basuh pakaian dalam di dobi layan diri” – Gelagat pelik pakcik baju merah ini sangat menakutkan

Kebiasaannya, setiap kali membasuh baju di dobi segera, kebanyakan dari kita akan meninggalkan pakaian itu selesai dibasuh dan dikeringkan di premis itu bagi menjimatkan masa.

Setakat baju tu, kalau hilang apa la sangat kan? Lagipun premis dobi segera biasanya berada di tempat terbuka, jadi risiko untuk menjadi tempat kegiatan jenayah tu kurang la sikit.

Namun, lain pula pengalaman yang dialami oleh seorang pengguna servis itu yang dikenali sebagai Izzati yang mengatakan dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang pakcik melakukan perkara tidak senonoh di satu kedai dobi segera.

Menceritakan terperinci kejadian itu, Izati menasihati kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kaum wanita supaya lebih berhati-hati.

Perempuan sila baca! Harini aku tergerak hari nak basuh baju kat dobi. Aku sampai je dobi pakcik baju merah tu dah ada duduk kat kerusi sambil baca surat khabar. 

Masa tu aku tak syak apa apa sebabnya aku fikirkan dia basuh baju je 🙄 masa aku basuh baju ada jugaklah dua-tiga orang basuh baju sekali dengan aku. Tapi aku duduk je kat mesin aku basuh tu, yang lain isi baju terus blah. Selang sejam aku perasan pakcik tu buka satu per satu mesin pengering selongkar ape ntah. 

Sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan 😭. Srsly ah pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan. aku tunggu dekat sejam walaupun baju aku dah siap awal. Pakcik tu selongkar, cium bau pastu lipat simpan dalam satu beg. 

Antara detik dalam rakaman video yang dimuat naik Izati

Banyak dia ambik nak dekat 10 helai pakaian dalam perempuan 😭. Aku tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepastu aku blah. Nasib aku perasan satu keluarga ni punya baju kat dobi. 

Aku cerita dari awal sampai akhir. Pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video 😂 Ada abang tu pergi sebab pakaian dalam bini dia kene ambik. 

Lepastu memang betul dia ambik sebab dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia 😣. Gelabah beruk pakcik tu minta maaf. Katanya dia nak ganti rugi. 

Jadi, untuk kaum perempuan mahupun keluarga yang basuh baju didobi. sila tunggu sehingga habis selesai basuh. Takut-takut ada lelaki yang gila seks sanggup geledah orang punya 😊 take a note guys. terima kasih.

Perkongsian dari Izati yang turut ditampilkan dengan rakaman video itu mendapat hampir 5,000 perkongsian sejak ia dimuat naik beberapa jam lepas.

Komen dari pengguna Facebook jelas terkejut dengan kejadian itu dan saling memperingatkan antara satu sama lain.

Azizah Ramli menulis: “Pakaian dalam tu sebaiknya di cuci berasingan dari pakaian yangg lain…n please la cuci sendiri….benda-benda dalam ni sangat privacy.

Basuh seluar dlm dgn baju dlm kat dobi itu hak memasing tapi yg tinggal tu nape ada yg siap lelaki tolong keluarkan dr tempat pengering sebab tuan punya dah hilang pergi minum dulu. Sebab skrg kat dobi 24 jam ni ramai lelaki dr perempuan. Beringatlah memasing.” tulis Emilia Adam  pula.

Sumber: SK



Sumber “Kaum wanita tolong hati-hati bila basuh pakaian dalam di dobi layan diri” – Gelagat pelik pakcik baju merah ini sangat menakutkan

Post a Comment

Previous Post Next Post