Terkejut akak ni semak Wang Tak Dituntut (WTD) ada RM 14k !!



Hati tergerak sebab tengok amaun seorang kakak dalam wtd 14k beb... semak2.. ni copy paste dr akak yg viral tu..dh tak igt nama dia.

Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.

Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Jom tuntut
#wangtakdituntut
#sayasudah
 — at Maybank Tower.
sumber fb : Norida MrsJohari
MAKLUMAT UMUM TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT
1.1Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) boleh membuat bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13, Akta WTD 1965: ‘Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa penuntut adalah empunya yang sah, Pendaftar WTD akan membayar kepada penuntut WTD dari Akaun Amanah atau Akaun Hasil (jika wang tersebut telah dipindahkan ke Akaun Hasil).
1.2Semakan WTD boleh dilakukan sendiri di kaunter Pejabat Pendaftar WTD atau Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara Malaysia, ataupun dengan membuat semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. 
1.3Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/ syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk urusan tuntutan WTD. 1.4Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari laman sesawang www.anm.gov.my.

Post a Comment

Previous Post Next Post