Video: Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 18 lepas diprank budak lelaki umur 5 tahun

Video: Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 18 lepas diprank budak lelaki umur 5 tahun

Video: Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 18 lepas diprank budak lelaki umur 5 tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut secara tragis minggu lepas kerana sejenis prank yang dilakukan terhadapnya oleh seorang kanak-kanak lelaki yang lebih tua.
Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediaman itu, menyebabkan kematiannya.

Rakaman kamera video litar tertutup di sebuah lif menunjukkan anak kecil itu yang dipanggil Lili menaiki lif ke tingkat sembilan bersama dua orang kanak-kanak lain yang lebih tua.

Setelah tiba ke tingkat rumah mereka, salah seorang dari kanak-kanak itu, budak lelaki lima tahun, dilihat melompat untuk menekan butang paling tinggi pada panel lif.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu keluar dari lif tetapi budak lelaki itu dilihat mendukung Lili dan meletakkannya semula ke dalam lif seterusnya memerhati pintu lif tertutup.

Portal Shanghaiist melaporkan, Lili kemudiannya menaiki lif sehingga ke tingkat 18 sebelum keluar. Malangnya, tingkap di tingkat 18 ini tidak dibingkaikan dengan panel kaca mahupun selusur, menyebabkan kanak-kanak itu secara tidak sengaja terjatuh ke bawah dan menemui ajal.
toddler_elevator_tragedy2.jpg

Rakaman insiden itu boleh dilihat di bawah:

 

 

Insiden tragik itu menyebabkan Netizen berang terhadap budak lelaki lima tahun yang melakukan prank tersebut serta ibu bapa kesemua kanak-kanak itu kerana tidak mengawasi anak-anak mereka.

Malah, ada yang mempersoalkan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan bangunan tinggi itu, kerana tidak mengambil langkah untuk meningkatkan keselamatan di tingkat 18, yang seterusnya menyebabkan kematian.

Sumber: amazingnara.com

 



Sumber Video: Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 18 lepas diprank budak lelaki umur 5 tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post