Safiey Ilias kini kembali jadi pondan? Tayang teman lelaki?

MASIH ingat lagi berita penghijrahan pengasas kosmetik, Safiey Illias yang sebelum ini merupakan ‘mak nyah’ sebelum mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki sejati?

Terkini, Safiey sekali lagi mengundang perhatian masyarakat kerana dikatakan kini kembali menjadi lelaki lembut.

Menurut laporan beberapa pirtal gosip hiburan tempatan, mereka menerima kiriman emel daripada netizen yang mengirimkan gambar terbaru Safiey bersama seorang lelaki yang dipercayai ‘teman lelaki’ usahawan berkenaan.

Safiey Ilias kini kembali jadi pondan? Tayang teman lelaki?

Safiey Ilias kini kembali jadi pondan? Tayang teman lelaki?

Bukan itu sahaja, Safiey juga dilihat telah memuat naik satu entri di laman Instagram yang menunjukkan screenshot perbualan melalui WhatsApp bersama seorang wanita dipercayai kakak kandungnya.

Menerusi perkongsian berkenaan, jelas memaparkan kekecewaan bapanya apabila mendengar berita mengenai Safiey.

Perkongsian yang baru dimuat naik sekitar beberapa jam lepas itu dilihat menerima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di laman berkenaan.

Rata-rata netizen nampaknya meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pengasas produk Perlaking berkenaan kini kembali ke ‘jalan hitam’.

Namun, tidak kurang ada juga yang menasihati sekaligus memberi kata-kata semangat kepada Safiey supaya terus kembali ke jalan yang benar.

Bagaimanapun, setakat hari ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Safiey berhubung spekulasi tersebut.

Seperti umum tahu, Safiey atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias yang merupakan golongan transgender di mana sebenarnya seorang lelaki dan berubah menjadi ‘perempuan jadian’.

Namun tak lama kemudian, ‘perempuan jadian’ berkenaan mengambil keputusan untuk bertaubat dan membuang segala sifat keperempuanannya baik daripada segi zahir mahupun batin.

Ia termasuklah melakukan pembedahan bagi membuang implan payudara selepas empat tahun ‘bangga’ mempunyai aset persis wanita tulen, bagi menjadikan dirinya kembali kelihatan seperti lelaki normal.

Berita penghijrahan Safiey ini mendapat perhatian meluas sehingga stesen televisyen tempatan turut menjemput Safiey untuk berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya sepanjang bergelar ‘mak nyah’.

Antaranya, saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia, TV Al-Hijrah yang pernah menerbitkan sebuah rancangan eksklusif bertajuk, Penghijrahan Fenomena : Safiey Ilias.

Hmmm…Apapun kita tunggu sahaja kenyataan daripada mulut tuan empunya badan. Mungkin Safiey ada penjelasan tersendiri tentang perkembangan terbaru dirinya. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM

 



Sumber Safiey Ilias kini kembali jadi pondan? Tayang teman lelaki?

Post a Comment

Previous Post Next Post