Drama bersiri, Mak Cun yang ditayangkan di TV3 berjaya mendapat rating tinggi sekaligus mencetus fenomena.
Bukan hanya mendapat sambutan peminat drama tempatan terdiri daripada golongan dewasa bahkan mampu mencuri perhatian penonton kanak-kanak yang mana mereka kini sudah mula meminati Mak Cun meskipun itu hanyalah watak dalam lakonan.
Sebagai menghargai sambutan peminat, Mak Cun akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 14 sehingga 22 November depan.
Menurut pencetus idea dan pendukung watak utama yang turut bertindak sebagai pengarah teater, Erma Fatima, jenama Mak Cun mempunyai misi dan visi yang besar.
"Bermula hanya dengan telefilem Spain Uolls, kemudian ke drama bersiri Mak Cun. Kita tidak sangka drama ini akan mendapat sambutan dan menjadi fenomena.
"Malah, budak-budak pun sekarang sudah mula minat pada Mak Cun walaupun karakter Mak Cun itu, seorang yang garang.
"Pementasan ini untuk terus menghangatkan Mak Cun sebelum kemunculan musim keduanya di kaca televisyen tidak lama lagi selain Mak Cun juga akan dijadikan animasi," katanya ketika ditemui pada sidang media Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.
Pun begitu, seiring impak fenomena Mak Cun, Erma menyedari ada segelintir pihak melabel karyanya itu sebagai 'cerita bodoh'.
Pun begitu, seiring impak fenomena Mak Cun, Erma menyedari ada segelintir pihak melabel karyanya itu sebagai 'cerita bodoh'.
"Sebagai pengkarya, apa juga pandangan masyarakat saya tak mampu menghalangnya, tidak juga mengiya atau menidakkan.
"Malah, karya-karya saya sebelum ini pernah beberapa kali dilihat sebagai kontroversi.
"Saya tidak cari kontroversi sebaliknya ketidakpuashatian manusia sudah menjadi makanan saya sejak dari pertama kali saya lahirkan karya saya.
"Walaupun dalam kalangan golongan elit menganggap Mak Cun sebagai cerita bodoh tetapi mungkin 20 atau 30 tahun akan datang, ada yang akan faham dan tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam cerita Mak Cun meskipun secara luarannya ia hanya sebuah cerita komedi.
"Sebagai mana Allahyarham P. Ramlee, sebelum beliau meninggal dunia, karya-karya beliau pernah mendapat kritikan dan kutukan tetapi selepas pemergiannya, filem-filem beliau masih ditonton sehingga ke hari," katanya.
Pementarasan Mak Cun ini juga akan dijayakan Datuk Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Nora Danish, Dafi dan Ungku Ismail Balqis Semundur Khan dan Dafi.
Harga tiket dijual mulai RM36 hingga RM156 menerusi tempahan secara online redtix.airasia.com atau pembelian secara terus di kaunter Istana Budaya.