Dedah Kisah Cinta, Adel AF Punyai Alasan Tersendiri!


Pendedahan kisah cinta mereka ini telah memakan dirinya sendiri sehinggakan orang labelkan Adel sebagai perosak rumah tangga orang.

Lelaki tersebut dikatakan dalam proses penceraian dengan isterinya ketika mereka bercinta. Bahkan, Adel bidas tentang khabar angin kononnya dia mencari publisiti murahan dengan kisah cintanya.

“Saya masih waras dan bukan jenis orang yang sanggup menjaja cerita peribadi untuk popular.”

“Dalam hal ini, saya juga sudah mengaku dan tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan sesiapa saja. Ini kerana saya yakin berada di pihak benar.”

“Walaupun sudah membuat pengakuan secara terbuka dalam media, pasti masih ada pihak menyalahkan saya. Apa saja kemungkinan selepas ini, saya hadapi dengan tenang dan hati terbuka.”

Adel 1

Malah, Adel turut menjelaskan bahawa ketika dia berkenalan dengan lelaki yang digelar sebagai ‘Mr. A’ itu, Adel sudah mengetahui status sebenar lelaki itu.

“Ketika kami berkenalan, dia berterus-terang memberitahu dirinya sudah berkeluarga. Namun, dia baru saja melafazkan cerai. Tetapi proses perceraian di Mahkamah Syariah belum dilaksanakan.”

“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi mereka. Biarlah urusan perceraian diselesaikan kedua-dua pihak.”

Apapun, Adel telah menjelaskan perkara sebenar. Rasanya tidak elok untuk terus menghukumnya. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka. - SUMBER

Post a Comment

Previous Post Next Post