Ini 10 perkara yang paling disesalkan pesakit di ambang kematian, menurut kajian dari doktor dan jururawat

Menurut kajian dari doctor dan jururawat yang selalu jumpa pesakit yang dah tahu tarikh mati, atau pesakit yang dah tua, atau yang sedang hampir kepada nazak, dan lain lain penyakit kronik, antara semua mereka ada 10 perkara yang paling mereka menyesal dalam hidup. Mari kita renung dan ambik iktibar.

Ini 10 perkara yang paling disesalkan pesakit di ambang kematian, menurut kajian dari doktor dan jururawat

Ini 10 perkara yang paling disesalkan pesakit di ambang kematian, menurut kajian dari doktor dan jururawat

1. Bab cinta: Saya menyesal kerana tak sempat nak tunjukkan rasa kasih sayang yang sungguh sungguh pada orang yang sayangkan saya, alangkah baiknya saya dapat undur masa dan tunjukkan kasih sayang saya pada arwah mak, arwah bapa, kepada isteri/suami, kepada anak-anak… lalu air mata pun bercucuran. Menyesal sebab tak buat. Alangkan baiknya jika saya dapat menjadi pasangan yang baik, ibu bapa yang baik, anak yang baik, air mata bercucuran lagi. Jika belum kahwin, menyesal sebab tak luahkan perasaan pada kekasih, atau menyesal sebab tak berani jumpa bakal mertua, air mata bercucuran bagaikan mutiara, huhuhu.

2. Bab kerjaya: Menyesal sebab tak suka dengan kerjanya sepanjang hayat, oh.., Alangkah indahnya hidup jika dapat kerja ABC, aku sekarang kerja XYZ, kenapalah aku tak kerja di ABC…, kenapa aku tak berusaha buat kerja yang aku suka? Air mata pun tumpah.., Pesan aku,kepada semua pekerja yang masih muda, sukailah kerja anda, dan jika tidak suka, cubalah untuk suka, dan jika tidak suka juga, eloklah kerja lain, kerana, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah bersara pada hari pertama dia bekerja. Dan siapa yang telah bersara di hari pertama dia bekerja, maka dialah pekerja yang akan buat kerja dengan cara yang sempurna dan akan menyenangkan semua pihak. Take note.

3. Bab Kerjaya vs cinta: Saya menyesal kerana utamakan kerja lebih dari keluarga, saya kerja lebih masa hingga tak sedar isteri menjadi tua dan anak menjadi dewasa, tak sedar ibu bapa sakit dan meninggal dunia, masa yang lalu tak dapat di undur lagi, air matapun tumpah, kata jururawat yang buat kajian ini, ada seorang pekerja yang menyahut seruan bosnya untuk travel 3 kali sebulan, sedang dia ada anak perempuan yang masih kecil, masa berjalan, dia menjadi pekerja yang Berjaya akhirnya, tapi anak perempuannya tidak memaafkan bapanya sampai bila bila.

4. Bab belajar: Kalaulah aku belajar betul betul waktu sekolah, kalau aku ada dilploma, ijazah, kalau aku dapat sambung belajar luar negara, kalau..kalau.., kalau….

5. Bab zon selesa: Alangkah baiknya jika saya keluar dari zon selesa awal awal dan saya ambil risiko yang saya risaukan, dulu takut sambung belajar, takut berdiri depan orang, takut tukar tempat kerja, takut nak luahkan perasaan pada orang yang saya suka, takut nak buat keputusan sendiri, takut nak berniaga, takut nak tambah anak, takut nak melabur, takut nak berkata “ya” pada setiap peluang, takut orang kata, takut berhenti kerja dan macam macam takut, sehingga akhirnya saya menjadi orang tua tanpa ada apa apa peristiwa besar dalam hidup, hanya menjadi orang tua yang dibenci, dan akan mati lalu dilupakan. Air mata tumpah lagi, pesan aku, waktu sihat, buatlah benda yang mampu kita buat, masa sakit dan tua, kita akan menyesal kerana tak buat semua itu.

6. Bab keyakinan diri: Kenapa aku dengar cakap semua orang? Air matapun tumpah, ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…, pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati anda sendiri, insyaAllah.

7. Bab buang masa: Alangkah baiknya masa muda yang dihabiskan untuk mengkritik, mencaci, sepanjang hidup di tukar kepada bersyukur dan berterima kasih. Maka dunia anda akan berubah.., orang tua yang bersyukur dan bersabar adalah datang dari orang muda yang bersyukur dan bersabar. orang tua yang tak bersyukur dan tak bersabar dan suka mengeluh adalah datang dari orang muda yang tak bersyukur dan tak bersabar dan suka mengeluh. Orang politik sila take note.

8. Bab kesihatan: Alangkah baiknya jika aku jaga makan, jaga tidur, jaga kesihatan, jaga lidah, jaga mata, jaga hati.., and counting…., aku yang dah gemok ni malas nak ulas panjang bab ni, rasa kutuk diri sendiri, adohai..

9. Bab ibadat: Alangkah baiknya jika aku bantu seramai mungkin manusia di dunia ini, sama ada dengan kudrat, dengan harta atau bakat, alangkah baiknya…, air matapun tumpah sebab tak mampu nak berjalan sekarang (dah lumpuh) dan teringin sangat nak ke masjid menjadi bilal. Atau teringin sangat nak sertai Jemaah dakwah yang beriktikaf di masjid, makan dalam dulang dan bergerak rumah ke rumah sampaikan pesan nabi walau sepotong ayat. Oh alangkan indahnya hidup berjemaah.

10. Bab kawan: Alangkah baiknya jika aku dapat buat hubungan dengan kawan kawan lama…, malu pulak nak hubungi mereka waktu tua dan sakit sebegini, hu hu hu..

Habis sudah perbincangan ini, walau sesedih mana pun anda, bunuh diri bukan penyelesainnya. sebab dalam islam, orang bunuh diri terus masuk neraka, nauzubillah.

Kepada mereka yang masih muda dan berpeluang membaca entry ini, nasihat aku, kurangkan masa depan computer atau phone, bergaullah dengan keluarga, utamakan keluarga dari kerja, makan bersama, sembang santai, dan buat kebajikan bersama-sama, di masa bersendirian, cuba baca buku yang isinya boleh share dengan orang yang kita sayang, pergilah mengembara dan jalan-jalan, kurangkan bercakap perkara sia-sia dan banyak mendengar luahan hari orang yang kita sayang, jika Nampak orang dakwah sedang berdakwah, cemburuilah mereka dan sertailah mereka, ajak orang yang kita sayang turut aktif berdakwah, selain itu, jaga ibadat, zikir dan khidmat.

Nanti bila kita dah jadi mayat, semua ahli neraka akan menyesal dengan masa yang dihabiskan secara sia sia, dan ahli syurga juga menyesal..

Apa? Ahli syurga juga akan menyesal?

Ya, ahli syurga menyesal dengan masa yang dihabiskan tanpa memuji Allah kerana syurga di hias mengikut amal ibadat kita.

PS: Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Kredit: Hamka(Kereta Mayat)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post